Showing posts with label Michael Schumacher. Show all posts
Showing posts with label Michael Schumacher. Show all posts

'Khianat' bukan penyebab Schumacher jatuh

Schumacher

PENDAKWARAYA Perancis yang menyiasat kemalangan membabitkan Michael Schumacher mengesahkan, tiada bukti  melibatkan salah laku dalam insiden itu dan siasatan kes telah ditutup.

Patrick Quincy berkata, keterangan dan maklumat yang diberikan pihak resort Meribel di mana kemalangan itu berlaku adalah mematuhi undang-undang Perancis, lapor BBC.

Pemain lagenda Formula 1 Jerman yang berusia 45 tahun itu telah dirawat di unit rawatan rapi selepas  kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis.

Penyiasat mendapati, batu yang menyebabkan beliau jatuh berada 10.4 meter (34 kaki) dari dari batu yang terhantuk di kepalanya.

Kedua-dua batu-batu lebih daripada 4 meter dari tepi trek ski itu.

Juara dunia tujuh kali itu ketika ini masih berada di hospital di Grenoble.

Jurucakap beliau berkata pada 30 Januari lalu, pasukan perubatan telah mengurangkan ubat pelali sebagai persiapan untuk membawanya keluar dari keadaan koma.

Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan dua kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton.

Selepas berehat selama empat tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu.

Michael Schumacher mungkin takkan sedar dari koma

 Michael Schumacher

KEADAAN juara Formula Satu dunia tujuh kali,  Michael Schumacher dilaporkan berbahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan vegetatif berterusan walaupun keluarganya masih mengharapkan wira nombor satu itu sembuh seperti sedia kala.

Lagenda F1 Jerman berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.

Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor bimbang sekiranya kerosakan otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik.

Laporan itu menyebut, walaupun jika doktor berjaya menyedarkan Schumacher daripada koma, beliau masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan sendiri.

Koma yang dialami Schumacher memerlukan masa untuk sembuh.

Walaupun keluarga dan rakan-rakan Schumacher memberikan sokongan moral, mereka tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa keberangkalian Schumacher untuk sembuh adalah tipis, laporan itu menambah.

Kehm beri amaran, Schumacher masih 'kritikal'

Michael Schumacher

PENGURUS Michael Schumacher memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih mengenai kesihatan bekas pelumba Jerman itu.

Menurut Sabine Kehm, keadaan legenda Formula Satu (F1) itu kini stabil tetapi masih tidak banyak berubah sejak dia menjalani pembedahan kedua, kelmarin.

Kehm juga menjelaskan bahawa meskipun juara dunia tujuh kali itu menunjukkan kemajuan yang sangat kecil, namun beliau masih diklasifikasikan sebagai dalam keadaan kritikal.

Sehubungan itu, Kehm berkata sekiranya kenyataan mengenai kesihatan Schumacher bukan daripada beliau atau doktor, laporan itu dianggap tidak betul.

"Keadaan Michael kekal kritikal tetapi stabil.

"Jadi, kami ingin menekankan apa-apa maklumat mengenai kesihatan Schumacher yang tidak datang dari doktor yang merawat beliau atau dari pengurusannya mesti dianggap sebagai tidak sah," katanya yang meminta orang ramai mendoakan agar Schumacher cepat sembuh.

Semalam, beberapa media melaporkan bahawa kesihatan Schumacher sudah tidak lagi berada dalam keadaan bahaya.

Berita itu nyata mengembirakan rata-rata peminat yang sentiasa menunggu di luar Hospital Mountain Gendarmerie, Perancis bagi mengetahui perkembangan lanjut kesihatan pelumba itu,

Pada masa sama, Kehm turut memberitahu bahawa beliau tidak akan mengadakan sebarang sidang media buat masa ini bagi menghormati keluarga pelumba berusia 45 tahun itu.

"Setelah berunding dengan doktor yang merawat Michael, kami menjangkakan tidak ada sebarang sidang akhbar sebelum hari Isnin.

"Kami meminta anda untuk menghormati privasi keluarga," jelasnya.

Schumacher mengalami kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dan terhentak di batu ketika bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Ahad lalu.

Juara dunia tujuh kali itu sudah menjalani dua pembedahan sejak kemalangan tersebut dan pembedahan kedua, iaitu untuk mengeluarkan darah beku di kepalanya yang dilakukan kelmarin, berjalan dengan selamat.

Kemalangan ski, Michael Schumacher kritikal

Schumacher kini kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps, Perancis.

LAGENDA Formula 1, Michael Schumacher berjuang untuk hidup selepas mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ski di Perancis.

Michael Schumacher yang kini berusia 44 tahun koma dan berada dalam rawatan di Hospital Mountain Gendarmerie, di negara itu.

Schumacher memakai topi keselamatan ketika kemalangan tersebut dan dia tidak berseorangan seperti yang diulas manager beliau, Sabine Kehm.

Apapun pihaknya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang keadaan Schumacher ketika ini dan berharapkan orang ramai mendoakan keselamatan jaguh Formula 1 itu.

Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan dua kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton.

Selepas berehat selama empat tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu.

 

Schumacher ucap selamat tinggal

Michael Schumacher

SAO PAULO - Pada usia 43 tahun, juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dunia pemotoran Formula Satu (F1).

Grand Prix Brazil yang berlangsung semalam merupakan perlumbaan terakhir buat pelumba legenda dari Jerman itu yang bagaimanapun mengakhiri karier dengan kedudukan yang kurang memberansangkan.

Selain jauh daripada kedudukan untuk mencabar gelaran juara dunia musim ini, Schumacher terpaksa bermula dari petak ke-13 semalam.

Apa yang menyedihkan, jentera Mercedes ternyata gagal memberikan sokongan bermakna buatnya untuk mencipta satu lagi kejayaan bermakna.

"Saya kecewa mengakhiri karier dengan terpaksa bermula di petak ke-13. Kalau boleh saya tidak mahu berakhir dengan kedudukan seperti ini.

"Apa pun, saya akui akan tiba satu detik penuh emosi yang terpaksa dihadapi di Litar Interlagos ini. Saya akan cuba mengawal perasaan saya," katanya.

Ini merupakan kali kedua Schumacher mengumumkan persaraannya daripada keseluruhan 19 musim kariernya berlumba dalam F1.

Sebelum ini, Schumacher pernah bersara pada 2006 tetapi kembali semula berlumba pada 2010 bersama Mercedes sehingga semalam. - Agensi