Showing posts with label Formula 1. Show all posts
Showing posts with label Formula 1. Show all posts

Raikkonen dahagakan kemenangan

RAIKKONEN perlu mencatat kemenangan sekiranya mahu bersaing dalam perebutan gelaran juara
dunia musim ini

LONDON - Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen mengakui bahawa dia perlu mencatat kemenangan sekiranya mahu bersaing dalam perebutan gelaran juara dunia pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim ini.

Pemandu Finland itu sekadar meraih tempat kedua pada Grand Prix (GP) Hungary, Ahad lalu selepas gagal memintas Lewis Hamilton yang melakar kemenangan pertama musim ini.

Raikkonen tampil cemerlang pada aksi pembukaan di Melbourne, namun sejak GP Australia itu dia tidak lagi mencatat kemenangan, sekali gus memberikan ruang kepada pemandu Red Bull Racing, Sebastian Vettel memimpin saingan tahun ini.

Begitupun, Raikkonen kini kembali di tangga kedua selepas mengumpul 134 mata ketika saingan berbaki sembilan perlumbaan tahun ini.

Biarpun ketinggalan 38 mata di belakang Vettel, Raikkonen berharap prestasinya akan terus meningkat pada perlumbaan-perlumbaan akan datang.

"Saya rasa, kami telah menunjukkan kemajuan. Saya pasti tetapi kami sentiasa mengharapkan lebih daripada itu sama ada daripada diri sendiri atau pasukan.

"Saya gembira dengan jentera pasukan tetapi jika kami memulakan perlumbaan dari belakang, memang kami sukar untuk mencatat keputusan yang baik," kata Raikkonen.

Ditanya mengenai prestasinya di Hungary hujung minggu lalu, Raikkonen percaya dia telah mempamerkan aksi yang kompetitif.

"Saya melakukan dua hentian dan kami agak baik. Sebab itu saya gembira selepas berjaya menamatkan perlumbaan tetapi kami berada di sini untuk mencatat kemenangan.

"Jika kami sekadar di tempat kedua dan ketiga seperti yang banyak saya lakukan tahun ini, ia tidak cukup untuk merebut kejuaraan.

"Apa yang paling baik ialah kami berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan meraih lebih mata daripada Vettel. Ia lebih baik daripada tidak ada apa-apa tetapi jika kami menang, perbezaan lebih besar dapat dilihat," jelas Raikkonen. - Agensi

Hamilton bangga dengan Mercedes

Lewis Hamilton meluahkan kegembiraannya selepas akhirnya merangkul kemenangan pertamanya untuk Mercedes di Grand Prix Hungary.

Hamilton mendapatkan tempat utama di Hungaroring selepas kemenangan dengan McLaren pada tahun 2007, 2009 dan tahun lepas.

Kemenangan ini lebih manis bagi pemandu yang berusia 28 tahun itu selepas beliau hanya mampu menyaksikan rakan sepasukan Nico Rosberg di tempat utama dua kali sebelum ini.

Hamilton mengakhiri perlum baan 10.9 saat di hadapan pemandu Lotus Kimi Raikkonen untuk kemenangan ke 22 dalam kariernya sementara pemandu Finland itu di hadapan pemandu Red Bull Sebastian Vettel.

Selepas mengucapkan tahniah kepada pemandunya, pengerusi Mercedes Niki Lauda menyatakan: "Beliau telah menang perlumbaan ini dengan prestasi yang terbaiknya, ini adalah perlumbaan yang sempurna baginya.

"Kami tidak sepantas Red Bull tetapi Lewis mengatasinya dan melepasi semua. Beliau amat menyerlah."

"Saya rasa agak bangga. Pasukan saya telah membuat yang terbaik." kata Hamilton.

"Kami telah mengulangkaji banyak aspek semalam dan kami berharap yang tayar kami dapat bertahan. Kami tidak jangka yang ia akan mengakhiri dengan begitu baik.

"Saya mendahagakan kemenangan hari ini, saya memberi segala-galanya. Selalunya saya tidak dapat melepasi pemandu lain dengan lancar tetapi hari ini lain.

"Saya hanya memberi tumpuan kepada tayar dalam 20 pusingan terakhir, ini adalah antara kemenangan terpenting bagi saya.

"Kemenangan untuk Mercedes adalah penting bagi saya."




Keputusan Grand Prix Hungary
1 L Hamilton (GB) Mercedes GP 1hr 42mins 29.445secs
2 K Raikkonen (Fin) Lotus F1 Team 1:42:40.383
3 S Vettel (Ger) Red Bull 1:42:41.904
4 M Webber (Aus) Red Bull 1:42:47.489
5 F Alonso (Sp) Ferrari 1:43:00.856
6 R Grosjean (Fr) Lotus F1 Team 1:43:01.740
7 J Button (GB) McLaren 1:43:23.264
8 F Massa (Br) Ferrari 1:43:25.892
9 S Perez (Mex) McLaren at 1 Lap
10 P Maldonado (Ven) Williams at 1 Lap
11 N Hulkenberg (Ger) Sauber-Ferrari at 1 Lap
12 J Vergne (Fr) Scuderia Toro Rosso at 1 Lap
13 D Ricciardo (Aus) Scuderia Toro Rosso at 1 Lap
14 G van der Garde (Neth) Caterham at 2 Laps
15 C Pic (Fr) Caterham at 2 Laps
16 J Bianchi (Fr) Marussia at 3 Laps
17 M Chilton (GB) Marussia at 3 Laps
18 P di Resta (GB) Force India at 4 Laps
19 N Rosberg (Ger) Mercedes GP at 6 Laps

Raikkonen berdiam tentang spekulasi Red Bull

Kimi Raikkonen meneruskan persona 'Iceman' walaupun diselubungi dengan spekulasi tentang kekosongan di Red Bull.

Seminggu lepas, Mark Webber telah mengumumkan persaraannya daripada Formula One di akhir tahun ini untuk menyertai program kereta luma Porsche dan ketua pasukan Red Bull, mengesahkan Raikkonen sebagai calon ganti.

Raikkonen yang akan bersaing untuk posisi itu dengan duo Toro Rosso, Daniel Ricciardo dan Jean-Eric Vergne, telah mengejek sidang media yang berani bertanya tetang masa depannya.

"Hanya empat hari lalu kamu tanya, dan tidak ada apa-apa yang berubah," kata pemandu Lotus itu.

Bila ditanya jika beliau memikir tentangnya, Raikkonen berkata: "Kamu selalu fikir tentang apa yang akan terjadi.

"Tetapi saya tidak tergesa. Sesuatu akan berlaku. Ada baiknya dan ada kesukarannya (tentang perpindahan). Kamu tidak akan mendapat sesuatu yang sempurna."

Bila ditanya jika spekulasi itu telah menjejasnya, Raikonnen berkata: "Telah beberapa tahun ia berlaku, jadi tidak ada yang akan berubah sekarang."

Webber, Vettel bakal berpisah


London: Mark Webber dan Sebastian Vettel tidak akan kekal bersama dengan juara Formula Satu, Red Bull selepas musim ini, menurut bekas pengurus dari Itali Flavio Briatore.

Briatore, bekas bos pasukan Renault yang menjadi sebahagian pengurusan Webber sepanjang kariernya dalam Grand Prix berkata, beliau menghubungi pemandu Australia itu Isnin lalu selepas GP Malaysia.

Beliau berkata, Webber masih marah dengan kemenangan juara dunia tiga kali Vettel di Sepang selepas mengingkari arahan pasukan dan memintasnya pada beberapa pusingan terakhir.

“Saya tidak fikir hubungan ini dapat dipulihkan,” kata Briatore.

Ditanya jika beliau menjangkakan kedua-duanya akan meninggalkan pasukan hujung tahun ini, warga Itali itu berkata: “Sudah tentu. Tahun lalu sudah wujud banyak masalah.” Kontrak Webber berakhir hujung musim ini manakala Vettel terikat dengan Red Bull hingga sekurang-kurangnya hujung 2014.

Dia dan Vettel beberapa kali bertelagah sejak kedua-duanya berganding pada 2009, termasuk perlanggaran pada GP Turki 2010 yang menafikan kemenangan Webber dan menyebabkan pemandu Jerman itu terkeluar daripada perlumbaan.

Webber beberapa kali mendakwa pasukannya lebih menyebelahi Vettel, sekalipun mereka berkeras menyatakan kedua-duanya memiliki status sama rata.

Briatore berkata, Malaysia membuktikan Vettel berkuasa di Red Bull bukannya prinsipal pasukan Christian Horner. - Reuters

'Drama Vettel'

JUARA dunia tiga kali, Sebastian Vettel mengabaikan arahan pasukannya supaya tidak memintas rakan sepasukan, Mark Webber ketika perlumbaan berbaki 13 pusingan.

Pada perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, pemandu Red Bull itu menamatkan saingan selaku juara setelah mencatat masa 1:38.912s.

Webber menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1:45.520s, manakala wakil 'Malaysia' Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas berjaya meraih podium ketiga.

Insiden 'tikam belakang' Vettel bermula apabila Webber mendahului perlumbaan selepas hentian pit terakhir.

Ketika itu, Prinsipal Red Bull, Christian Horner mengarahkan Webber supaya mengekalkan pemanduan namun Vettel tidak mengendahkan arahan tersebut dan bertindak memintas rakan sepasukannya itu.

Mark Webber (kiri) kelihatan tidak gembira selepas insiden Sebastian Vettel mengabaikan arahan pasukan supaya tidak memintasnya di SIC semalam.

"Maafkan saya kawan," kata Vettel selepas perlumbaan ditamatkan.

Pada acara penyampaian trofi, Webber kelihatan tidak gembira malah enggan mengucapkan tahniah kepada Vettel.

Vettel menjuarai Grand Prix Malaysia 2013

Sebastian Vettel merangkul kejuaraan ke 27 dalam kerjayanya untuk Red Bull dalam saingan sengit dengan
rakan pasukan sendiri.
Saingan sengit antara Vettel dan rakan sepasukan Mark Webber dalam detik akhir perlumbaan agak mengagumkan dan pengurus pasukan Christian Horner terpaksa mengarahkan mereka untuk menghentikan gerakan yang berisiko.

Pemandu Jerman yang berusia 25 tahun itu akhirnya meraih kemenangan di Litar Antarabangsa Sepang sementara Webber 4.2 saat di belakangnya.

Lewis Hamilton di tempat ketiga, tempat pertamanya di podium untuk Mercedes walaupun dicabar oleh rakan sepasukan Nico Rosberg dalam detik akhir perlumbaan.

Pengurus pasukan Ross Brawn juga telah memberi arahan untuk Rosberg supaya beliau mengikut strategi yang telah dirancangkan.

Fernando Alonso, yang mula perlumbaan ke 200nya, terbabas dalam pusingan pertama.

Bahagian depan kereta Alonso rosak apabila terbabas dengan kereta Webber tetapi beliau enggan masuk ke pit stop dan saingan dengan Webber menyebabkan bahagian sayap keretanya terkena tayar hingga menyebabkan beliau hilang kawalan.

Vettel terus memecut dalam matlamat meraih kejuaraan ke 38 dalam kerjayanya.

Pemandu Jerman itu merupakan yang pertama untuk masuk ke pit stop untuk menukar kepada tayar basah, tetapi ia menyebabkan Webber mengambil alih tempatnya.

Hamilton pula termasuk pit stop salah apabila melawati pasukan lamanya, McLaren, tetapi bekas rakan sepasukannya terus memberi isyarat untuk pemandu England itu keluar dan beliau akhirnya ke pit stop yang betul.

Satu lagi insiden melibatkan Jean-Eric Vergne dan pemandu pasukan Caterham Charles Pic yang memaksanya masuk ke pit Toro Rosso.

Pasukan Force India, yang telah mengubah sistem teknologi pertukaran tayar, mengalami masalah besar dengan kedua-dua pemandunya.

Paul Di Resta, yang tersekat dalam pit stop oleh rakan sepasukan Adrian Sutil apabila kedua-dua ingin tukar tayar, terpaksa menarik diri selepas 23 pusingan akibat masalah kepada tayar depan kirinya.

Sutil juga terpaksa menarik diri pada pit stop keduanya akibat tayar yang sama.

Detik akhir perlumbaan menyaksikan saingan antara empat kereta untuk posisi podium dan Red Bull akhirnya mengatasi Mercedes.

Vettel dan Webber kemudian bersaing dan pengurus pasukan Horner menyatakan di radio: "Jangan buat perkara yang bodoh Seb."

Vettel akhirnya menang tetapi keputusannya amat mengecewakan kepada Webber.

Di pasukan Mercedes pula, Rosberg telah merayu yang beliau lebih pantas dari Hamilton tetapi Brawn berkata: "Negatif Nico, negatif. Kepantasan Lewis dengan keretanya adalah apa yang kami memerlukan. Beliau mampu meningkatkan kepantasannya jadi harap mengekalkan kawalan dalam perlumbaan."

Schumacher ucap selamat tinggal

Michael Schumacher

SAO PAULO - Pada usia 43 tahun, juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dunia pemotoran Formula Satu (F1).

Grand Prix Brazil yang berlangsung semalam merupakan perlumbaan terakhir buat pelumba legenda dari Jerman itu yang bagaimanapun mengakhiri karier dengan kedudukan yang kurang memberansangkan.

Selain jauh daripada kedudukan untuk mencabar gelaran juara dunia musim ini, Schumacher terpaksa bermula dari petak ke-13 semalam.

Apa yang menyedihkan, jentera Mercedes ternyata gagal memberikan sokongan bermakna buatnya untuk mencipta satu lagi kejayaan bermakna.

"Saya kecewa mengakhiri karier dengan terpaksa bermula di petak ke-13. Kalau boleh saya tidak mahu berakhir dengan kedudukan seperti ini.

"Apa pun, saya akui akan tiba satu detik penuh emosi yang terpaksa dihadapi di Litar Interlagos ini. Saya akan cuba mengawal perasaan saya," katanya.

Ini merupakan kali kedua Schumacher mengumumkan persaraannya daripada keseluruhan 19 musim kariernya berlumba dalam F1.

Sebelum ini, Schumacher pernah bersara pada 2006 tetapi kembali semula berlumba pada 2010 bersama Mercedes sehingga semalam. - Agensi