JUARA dunia tiga kali, Sebastian Vettel mengabaikan arahan pasukannya supaya tidak memintas rakan sepasukan, Mark Webber ketika perlumbaan berbaki 13 pusingan.
Pada perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, pemandu Red Bull itu menamatkan saingan selaku juara setelah mencatat masa 1:38.912s.
Webber menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1:45.520s, manakala wakil 'Malaysia' Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas berjaya meraih podium ketiga.
Insiden 'tikam belakang' Vettel bermula apabila Webber mendahului perlumbaan selepas hentian pit terakhir.
Ketika itu, Prinsipal Red Bull, Christian Horner mengarahkan Webber supaya mengekalkan pemanduan namun Vettel tidak mengendahkan arahan tersebut dan bertindak memintas rakan sepasukannya itu.
Mark Webber (kiri) kelihatan tidak gembira selepas insiden Sebastian Vettel mengabaikan arahan pasukan supaya tidak memintasnya di SIC semalam. |
"Maafkan saya kawan," kata Vettel selepas perlumbaan ditamatkan.
Pada acara penyampaian trofi, Webber kelihatan tidak gembira malah enggan mengucapkan tahniah kepada Vettel.
0 comments:
Post a Comment