Showing posts with label Rawat Kanser. Show all posts
Showing posts with label Rawat Kanser. Show all posts

Durian belanda rawat kanser



Durian belanda atau nama botaninya Annona muricata L daripada famili Annonaceae dipercayai berasal dari Amerika Selatan.

Hidup subur di atas tanah jenis lom liat berpasir, pH tanah antara lima hing­ga tujuh dan bersaliran baik.

Ia jenis tanaman bermusim dengan kemuncak pengeluaran pada November, Disember dan Januari.

Negara pengeluar utama ialah Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.


Kawasan tanaman utama di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.

Durian belanda me­ngandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati.

Kebiasaannya dimakan segar dan dibuat jus minuman.

Durian belanda mempu­nyai saiz sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasanya masam-masam manis.

Ia biasanya dimakan segar ataupun boleh diproses untuk dijadikan jus.

Jarak tanaman yang di­syorkan di ladang adalah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.

Ia boleh dibiak menggunakan biji benih atau kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya jarang dan tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasa­ngan inginkan zuriat.

Dari segi perubatan moden, kajian mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Durian belanda perlu di­kendalikan dengan sebaik­nya bermula daripada amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran.

Penuaian dilakukan apabila buah mencapai kematangan optimum yang kebiasaannya dua hingga tiga bulan selepas berbunga dan akan masak dua hingga tiga hari selepas dipetik.

Durian belanda yang disimpan pada suhu 15 darjah celsius dengan kadar kelembapan relatif 85 hing­ga 95 peratus boleh mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat sehingga satu hingga dua minggu.

Penguatkuasaan Peraturan (Penggredan, Pembung­kusan dan Pelabelan hasil keluaran pertanian) 2008 atau GPL oleh FAMA adalah untuk memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan.

Objektif peraturan ialah untuk memastikan semua hasil berkualiti dan selamat dimakan.

Dikelaskan kepada tiga gred bergantung kepada spesifikasi dan kelonggaran merangkumi Premium, Gred 1 dan Gred 2.

Spesifikasi untuk Gred Premium adalah ia hendaklah daripada varieti yang sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam.

Selain itu ia juga hendaklah bebas daripada kecacatan atau kerosakan.

Gred 1 pula hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempu­nyai saiz dan kematangan seragam serta hendaklah hampir bebas daripada kecacatan atau kerosakan.

Gred 2, ia hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam dan agak bebas daripada kecacatan atau kerosakan.

Minum teh boleh elak kanser

Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap ketumbuhan.
- Foto AGENSI

Penyelidik Belanda kaji 892 lelaki tunjuk kesan baik minuman

Amsterdam: Lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua cawan teh sehari boleh mengurangkan risiko diserang barah prostat sehingga lebih satu pertiga.
Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap tumor sebanyak 37 peratus berbanding mereka yang minum kurang sekali seminggu.

Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.

Namun, faedah sama tidak diperoleh daripada kopi, menurut kajian saintis di Universiti Maastricht, Belanda.

Hampir 40,000 kes barah prostat dikesan setiap tahun di United Kingdom dan 10,000 lelaki maut akibatnya – bersamaan dengan lebih seorang dalam masa sejam.

Risiko itu meningkat dengan usia, dengan lelaki berusia lebih 50 tahun lebih berkemungkinan menghidap tumor dan ada elemen genetik padanya. Seperti juga jenis barah lain, diet menjadi faktor utama dalam perkembangan penyakit.

Minuman popular 
Pada masa sama, ada juga percanggahan bukti mengenai peranan minuman popular itu.

Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.

Begitupun, penyelidik mengakui mereka tidak pasti jika teh benar-benar menjadi faktor risiko, atau peminum berada pada usia penyakit itu lebih kerap menyerang.

Dalam kajian terbaru, pengkaji Universiti Maastricht membandingkan 892 lelaki dikesan ada barah prostat dengan bilangan sama lelaki sihat, menilai tabiat pemakanan dan minuman mereka.

Kajian dilakukan ke atas penduduk lelaki di Amerika Syarikat, yang menyaksikan kopi lebih popular. Cuma satu dalam lima sukarelawan minum sekurang-kurangnya secawan teh sehari, berbanding hampir 60 peratus yang lebih gemar kopi.

Hasil kajian disiarkan jurnal Cancer Causes Control menunjukkan dua cawan atau lebih teh sehari seperti mempunyai kesan antibarah, manakala kopi tidak. - AGENSI

FAKTA NOMBOR
40,000 kes barah dikesan di Britain setiap tahun