Kemarau Rossi berakhir di Assen




Assen: Juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi merangkul kejuaraan pertama sejak Grand Prix Malaysia 2010 dengan menjuarai GP Belanda, kelmarin ketika rakan sepasukannya daripada Yamaha, Jorge Lorenzo menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima - hanya dua hari selepas patah tulang bahu. Saya gembira namun saya sukar untuk mempercayainya, kata Rossi, 34 yang memilih untuk kembali bersama Yamaha musim ini. Ia perasaan yang hebat untuk kembali ke tempat pertama. Ia masa yang amat-amat panjang sejak Sepang 2010 dan sejak tahun itu saya sentiasa bertanya diri saya soalan? Bolehkan saya kembali menang? Jadi ia adalah masa yang sukar namun saya tidak pernah mengalah dan sentiasa bekerja keras kerana ini adalah posisi saya. Saya merasa hebat. Saya mencuba dengan cukup kuat sejak dari awal dan ia perlumbaan yang panjang dan saya bertarung dengan semua pelumba. Pelumba Honda, Dani Pedrosa kini mengumpul 136 mata di depan Lorenzo yang mengumpul 127 mata diikuti Marquez, ketiga, Crutchlow keempat manakala Rossi yang melakar kemenangan ke-80 sepanjang kariernya di kedudukan kelima. REUTERS

Raikkonen berdiam tentang spekulasi Red Bull

Kimi Raikkonen meneruskan persona 'Iceman' walaupun diselubungi dengan spekulasi tentang kekosongan di Red Bull.

Seminggu lepas, Mark Webber telah mengumumkan persaraannya daripada Formula One di akhir tahun ini untuk menyertai program kereta luma Porsche dan ketua pasukan Red Bull, mengesahkan Raikkonen sebagai calon ganti.

Raikkonen yang akan bersaing untuk posisi itu dengan duo Toro Rosso, Daniel Ricciardo dan Jean-Eric Vergne, telah mengejek sidang media yang berani bertanya tetang masa depannya.

"Hanya empat hari lalu kamu tanya, dan tidak ada apa-apa yang berubah," kata pemandu Lotus itu.

Bila ditanya jika beliau memikir tentangnya, Raikkonen berkata: "Kamu selalu fikir tentang apa yang akan terjadi.

"Tetapi saya tidak tergesa. Sesuatu akan berlaku. Ada baiknya dan ada kesukarannya (tentang perpindahan). Kamu tidak akan mendapat sesuatu yang sempurna."

Bila ditanya jika spekulasi itu telah menjejasnya, Raikonnen berkata: "Telah beberapa tahun ia berlaku, jadi tidak ada yang akan berubah sekarang."

May - Gadis Bertudung Putih (Lagu Lirik/kord)




intro Em G   8x

Em G 5x
wajah sering yang memukau pesona dipandang
    Am                 Em
terpegun dan terkhayal sejenak
    Am           G             D       Em
matamu kemilau bagaikan ada syurga didalamnya

Em G 5x
aku ingin bersama memiliki sebuah kota
    Am             Em
bersamamu aku diyakinkan
    Am         G
berada dinun tengah tengah 
      D           Em
persimpangan tak kemana

**
G           D      Am     Em
bawalah ku pergi kemana saja
G           D            Em
bawalah ku lari dari sengsara

G           D       Am      Em
manalah berhenti disitu terhenti
G          D         Em
manalah kembara terselit kita
Bm       C             D          Em
capai tanganku kita berganding berdua
Bm       C             D
genggam tanganku kita nyanyikan
               Em 
lagu yang seirama

solo Em G
ulang **

outro
C Bm C D C Em G Em G


Bahana teknologi


Sudah bertahun isu rokok elektrik dibincangkan, daripada kesan buruk hinggalah kandungan yang memudaratkan kesihatan, rokok elektrik, ‘e-rokok’ atau nama lainnya ‘vaper’ tetap menjadi pilihan perokok muda malah semakin digilai ramai.

E-rokok yang pertama kali diperkenalkan di China pada Mei 2004 ini secara langsung memberi kesan sampingan seperti penyakit berbahaya walaupun ada dakwaan mengatakan ia mampu menghentikan tabiat merokok.


Virus baru

Menurut sumber, kelompok remaja yang menghisap rokok elektrik kini dilihat semakin ramai malah ia ibarat virus apabila menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini berpendapat, hal ini harus dipandang serius kerana produk yang dikatakan pengganti rokok tembakau itu didapati digunakan begitu meluas termasuk oleh pelajar dan wanita. Malah lebih mengejutkan apabila kajian mendapati kira-kira 60 pelajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang menghisap rokok elektrik ini.

Jelas, tempias e-rokok ini tidak hanya kepada golongan lelaki tetapi para gadis juga tidak terkecuali untuk cuba merasai rokok elektrik ini dan lama kelamaan akan menyebabkan ketagihan.


Tiada had umur

Meskipun pelbagai kajian dijalankan ke atas kesan penggunaan rokok elektrik ini, golongan remaja masih memandang remeh isu ini.

Pelbagai usaha saintis tidak jemu membuktikan bahaya rokok elektrik ini selain disokong persatuan dan badan berkaitan kesihatan yang berkenaan. Mereka sebulat suara meminta supaya Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan serta penggunaan rokok ini kerana mampu menyebabkan ketagihan yang lebih tinggi berbanding rokok biasa.

Negara seperti Brazil, Norway, Colombia, Panama, Singapura dan Uruguay mengharamkan rokok ini termasuk Perancis yang bercadang mengharamkan penggunaan e-rokok di tempat awam. Kesan buruk ke atas kesihatan menjadi punca utama ia diharamkan.

Di Malaysia, tiada had umur digariskan bagi penjualan rokok jenis ini dan ia sekali gus membolehkan golongan kanak-kanak serta remaja membelinya, berbeza dengan rokok biasa yang mempunyai had usia dari segi penjualan. Situasi ini dilihat mampu mencambahkan bilangan perokok e-rokok dalam kalangan anak muda jika tidak dibendung dari awal.


Buruk padah

Kajian dilakukan para saintis di University of Athens, Greece, mendapati e-rokok boleh menyebabkan kerosakan kepada paru-paru dan nikotin iaitu racun toksik serupa dengan racun serangga. Difahamkan, apabila terlalu banyak yang dihisap, ia boleh membawa kepada keracunan nikotin yang menyebabkan muntah, rasa mual dan pening.

Beberapa kajian saintifik lain juga menunjukkan bahawa e-rokok ini boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, membawa kepada keracunan nikotin, memberi kesan negatif kepada penyakit arteri dan mempunyai ejen penyebab kanser di dalamnya.

Kenyataan berkaitan turut disuarakan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) yang menggesa supaya rokok elektronik atau e-rokok diharamkan berikutan produk itu memberikan kesan sampingan seperti penyakit berbahaya kepada pengguna.

Syarat tambahan pinjaman bank

Bank Negara mahu elak hutang isi rumah berlebihan, berkuat kuasa serta-merta

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

Langkah yang berkuat kuasa serta-merta itu, membabitkan pinjaman oleh semua institusi kewangan yang dikawal selia Bank Negara serta koperasi kredit di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Malaysia Building Society Bhd dan AEON Credit Service (M) Bhd.
Syarat berkenaan ialah mengenakan tempoh maksimum 10 tahun bagi pembiayaan peribadi, maksimum 35 tahun pembiayaan hartanah kediaman dan bukan kediaman serta mengharamkan tawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan lebih awal.

Dalam satu kenyataan diumumkan semalam, Bank Negara menyatakan syarat tambahan itu bagi melengkapkan langkah yang dilaksanakan sejak 2010, bertujuan menggalakkan sektor isi rumah yang kukuh dan mapan.

Langkah itu dikuatkuasakan melalui seksyen 31(1)(a) Akta Bank Pusat Malaysia 2009. Bagaimanapun, had tempoh pembiayaan tidak membabitkan permohonan yang dibuat sebelum semalam.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam taklimat media berkata, meskipun paras hutang isu rumah sekarang disokong oleh persekitaran pekerjaan dan pendapatan yang positif, namun sejak kebelakangan ini semakin banyak pemberi kredit menawarkan produk kewangan yang tidak memberi manfaat jangka panjang kepada pengguna.

“Ini termasuk melanjutkan tempoh pembiayaan sehingga 45 tahun bagi pinjaman rumah dan 25 tahun bagi pinjaman peribadi. Walaupun ini akan mengurangkan bayaran balik bulanan, namun dalam jangka panjang, ia meningkatkan beban keseluruhan isi rumah.
Galak kumpul hutang

“Amalan itu akan menggalakkan pengumpulan hutang berlebihan dan meningkatkan kerapuhan sektor kewangan negara,” katanya.

Zeti berkata, hutang isi rumah berbanding Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat purata 12 peratus setahun sejak lima tahun lalu dan berada pada paras 82.9 peratus setakat akhir Mac lalu.

Katanya, pertumbuhan itu tidak selaras dengan peningkatan pendapatan yang dicerminkan oleh pertumbuhan KDNK, iaitu antara empat hingga enam peratus.

Amal khidmat berhemah

Sebagai tambahan kepada langkah itu, beliau berkata, penyedia kredit utama perlu mengamalkan nisbah perkhidmatan hutang berhemah dalam penilaian kredit masing-masing bagi memastikan isi rumah mempunyai lebihan kewangan mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan perkara lain yang tidak dijangka.