Amalan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran telah terbukti dapat membantu kita mengawal simptom alahan dan respitori. Hasil kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Sepanyol, Greek dan United Kingdom terhadap amalan pemakanan dan tahap kesihatan kanak-kanak di kawasan pedalaman di Eropah yang mana lebih mudah mendapat akses kepada sumber-sumber tersebut kerana kedudukan geografinya dn mudah mendapat sumber bekalan makanan tersebut. Hasil kajin yang dilakukan, didapati:-
- Memberi perlundungan kepada mereka yang menghidapi masalah asma, alahan dan juga respitori.
- Pengambilan oren, epal, tomato dan anggur didadapati memberi kesan yang signifikan dalam melindungi kanak-kanak daripada kesukaran bernafas dan alahan rintis.
- Mereka yang makan dan mengambil makanan seperti kacang yang kaya dengan sumber vitamin E sekurang-kurangnya tiga kali seminggu juga didapati kurang menghadapi kesukaran bernafas. Viitamin E merupakan bahan utama yang diperlukan tubuh badan manusia menahan pemusnah sel dan ancaman radiasi oleh oksidan dan radikal bebas. Kekacang dan sayur-sayuran juga mempunyai kandungan magnesium yang tinggi dan menurut sesetengah pengkaji dapat membantu melindungi daripada serangan asma dan meningkatkan kekuatan paru-paru serta saluran penafasan.
- Kajian lain juga merumuskan amalan pemakanan yang memberi penekanan kepada budaya makan yang mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan akan memberi kesan yang manfaat ke atas simptom-simptom asma di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa sekurang-kurangnya berkurangan sebanyak 23 peratus dalam tempoh tiga tahun.
- Manfaat ini adalah berkaitan dengan vitamin-vitamin dan anti-oksidan yang terkandung dalam makanan tersebut dan ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada mereka yang mengidap masalah alahan yang serius dan berkait rapat dengan keradangan dan paru-paru.
Ini adalah selaras dengan Islam yang menggalakkan pemakanan makanan yang halal dan toyyib dalam kehidupan termasuklah menekankan tabitat makan yang betul dan seimbang. Jelas terbukti bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membatu kita dalam menempuhi kehidupan dengan lebih sihat.
0 comments:
Post a Comment