Tarikh Akhir Penyertaan Cabaran Ford Ranger Global Malaysia Dilanjutkan kepada 15 April 2012

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 April 2012 - Ford Malaysia hari ini mengumumkan pelanjutan tarikh akhir bagi para peserta untuk mengemukakan idea bagi Cabaran Ford Ranger Global kerana sambutan luar biasa yang diterima. Tarikh tutup baru bagi mencadangkan cabaran lasak dunia sebenar untuk ditempuhi oleh Ranger serba baru ialah 15 April 2012.

Pemandu Malaysia yang ingin menjadi salah seorang daripada lima peserta bertuah yang dipilih untuk memandu dan menguji kesahihan dakwaan “Binaan Teguh Ford” harus mengambil kesempatan daripada tempoh yang dilanjutkan ini dan menghantar idea cabaran mereka dalam talian.

Peserta ini bukan sahaja akan menjadi antara pengguna pertama di Malaysia untuk menguji Ford Ranger serba baru dan menjadikan cabaran lasak mereka satu kenyataan, malah cabaran terbaik berasaskan pilihan umum akan memandu pulang sebuah Ranger XLT 2.2L (transmisi manual) serba baru.

Antara idea cabaran unggul yang telah dikemukakan oleh pemandu Malaysia setakat ini termasuk pemanduan lasak lagi mencabar selama 13 jam dari Kuching ke Long Seridan, memandu ke Tanjung Tualang di Perak untuk menangkap ikan peacock bass dan ekpedisi menjelajah muka bumi Kuala Mu yang sungguh mencabar.

Dibina untuk dibawa ke jalan lasak tanpa sebarang keraguan, Ford Ranger serba baru bukan sahaja telah meredah jalan yang diliputi oleh salji dan ais, tetapi juga merentasi hutan hujan tropika dan sungai pedalaman dalam ujian Cabaran Ford Ranger Global yang ditempuhi di tempat lain dunia. Kenderaan ini juga telah mendaki pergunungan berbatu, mengangkut gajah dan diuji sepenuhnya oleh pemandu yang membawanya ke tempat yang tidak boleh ditempuh oleh trak biasa.

“Di merata dunia, pengguna trak menggunakan trak mereka secara lasak, meyakini kesetiaan trak mereka yang bekerja keras setiap hari,” kata David Westerman, Pengurus Serantau, Asia Pasifik, Operasi Eksport & Pertumbuhan Asia. Kini kami memerlukan bantuan pengguna Malaysia untuk membuktikan bahawa Ford Ranger serba baru ialah trak terbaik dengan keupayaan yang boleh diyakini untuk memberikan prestasi terbaik kepada mereka.”

“Malaysia ialah sebuah pasaran yang sangat penting bagi Ford, sebab itulah ia merupakan salah sebuah negara pertama di Asia untuk melancarkan Cabaran Ford Ranger Global. Kami mengalu-alukan seberapa ramai pengguna Malaysia untuk mengambil bahagian dan membentuk sebahagian daripada masyarakat sedunia yang mencuba sendiri keupayaan Ford Ranger serba baru dengan menguji keupayaan trak sehingga ke hadnya,” tambah Westerman.

Dengan tahap kecekapan prestasi tinggi dan keselesaan dalaman untuk menyokong binaan yang teguh dan tahan lasak, Ford Ranger serba baru ialah pilihan sempurna bagi pemandu bandar dan juga pemandu lasak. Cabaran Global Ford Ranger yang dilancarkan dengan jayanya di Australia tahun lepas baru-baru ini mendapat sambutan hangat di Thailand dan Afrika Selatan. Cabaran tersebut turut menguji pesaing Ranger serba baru di seluruh Eropah dan Amerika Selatan.

Bagaimana Cabaran Ranger Global Dilaksanakan

Mulai hari ini, peserta boleh menghantar permohonan di laman web rasmi Cabaran Ford Ranger Global Malaysia – www.fordrangerchallenge.com.my atau www.ford.net.my – menjelaskan mengapa cabaran unik mereka ialah cara terbaik untuk menguji keupayaan Ford Ranger serba baru.

Cabaran ini juga boleh disertai melalui laman Facebook Ford Malaysia – www.facebook.com/FordRangerMY.

Penyertaan akan diterima sehingga tengah malam pada 15 April 2012.

Daripada penyertaan yang diterima, lima peserta pertandingan akhir akan dipilih oleh panel hakim. Pemilihan adalah berasaskan kualiti dan kreativiti penyertaan, dan peserta akhir akan diumumkan oleh Ford pada 1 Mei 2012.

Sebuah Ford Ranger serba baru akan dipinjamkan kepada setiap satu daripada lima peserta pertandingan akhir untuk menjalani cabaran yang terpilih dengan bantuan kakitangan filem profesional yang disediakan oleh Ford.

Sedutan cabaran yang dilalui oleh setiap peserta akan dimuat masuk ke laman web Cabaran Global Ford Ranger untuk membolehkan orang ramai melihat dan mengundi cabaran kegemaran mereka.

Pemenang akan dipilih berasaskan undian yang diterima dan keputusan akhir pengadil, dan akan diumumkan di majlis pelancaran Ranger serba baru di Malaysia. Pemenang bertuah ini akan memandu pulang hadiah tiada tandingan iaitu sebuah Ford Ranger XLT 2.2L (transmisi manual) serba baru.

Di samping itu, mereka yang mengundi di dalam talian akan dimasukkan di dalam cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Cabaran Ford Ranger Global Malaysia www.fordrangerchallenge.com.my

0 comments:

Post a Comment