Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan versi baharu Honda Wave Dash yang kini tampil lebih bergaya dan sporti. Selain rekaan grafik baharu dalam empat warna menawan, penampilan Wave Dash baharu ditingkatkan lagi dengan penggunaan rim aloi berwarna hitam untuk prestasi unggul di jalanan bagi mengatasi pesaingnya.
Honda Wave Dash Merah Euforia Metalik Honda Wave Dash kini dengan gaya baharu lebih sporti dan menawan
Menurut Boon Siew Honda, rim aloi berwarna hitam berkilau itu mempunyai reka bentuk yang lebih ringan serta memberikan penampilan lebih agresif bagaikan sebuah jentera perlumbaan yang serbaguna lagi cemerlang. Empat pilihan warna ditawarkan untuk Wave Dash baharu iaitu ‘Biru Metalik’, ‘Oren Berkilau’, ‘Merah Euforia Metalik’ dan ‘Hitam Mutiara Magelanik’.
Digital Malaysia Masterplan
Honda Wave Dash Oren Berkilau Honda Wave Dash kini dengan gaya baharu lebih sporti dan menawan
Dilancarkan dengan kempen ‘Membakar Semangat, Menjana Impian’, Honda Wave Dash baharu mengekalkan ciri-ciri unggul yang sama, antaranya enjin bersesaran 110cc yang terbukti berkuasa dengan prestasi dalam kelasnya yang tersendiri. Kuasa maksimum yang dihasilkan adalah sebanyak 6.22kW@7,500rpm dan tork maksimum 8.59Nm@5,500rpm.
Honda Wave Dash Hitam Mutiara Magelanik Honda Wave Dash kini dengan gaya baharu lebih sporti dan menawan
Honda Wave Dash baharu dengan tahap penjimatan petrol luar biasa dilengkapi penghidup tendang dan eletrik, roda sporti dan brek cakera depan. Ia ditawarkan pada harga RM5,269.60 termasuk insuran komprehensif 1 tahun untuk penunggang tunggal. Wave Dash baharu didatangkan bersama Waranti 2 tahun atau 20,000 km jarak perbatuan untuk ketenangan fikiran pemiliknya.
0 comments:
Post a Comment