SEPANG, Otai lumba motor negara, Shahrul Yuzy Ahmad Zaini melahirkan keyakinan tinggi pelumba Moto 3, Zulfahmi Khairuddin (gambar) ada peluang cerah meraih kedudukan podium pertama dalam kerjayanya pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad ini.
“Zulfahmi sudah masak dengan keadaan litar di sini. Itu sudah jadi kelebihan buatnya dan saya lihat prestasi semasanya juga berada di tahap terbaik berbanding, tahun lalu.
“Kalau pelumba lain menghadapi masalah berlumba dalam keadaan tidak menentu, tetapi bagi Zulfahmi, ini peluang terbaik, apa lagi sudah biasa dengan keadaan cuaca di Malaysia.
“Saya harap dengan pengalaman miliknya, kita mampu melihat kejayaan podium pertama depan penyokong sendiri,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Pasukan Pachie Yuzy Honda Racing dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.
Shahrul Yuzy sebelum ini menjadi pelumba tempatan pertama yang beraksi sepenuh masa dalam kategori 250cc di perlumbaan MotoGP pada 2000, 2001 dan 2002.
Shahrul Yuzy berkata, dia merasakan perlumbaan Ahad ini akan berlangsung dalam cuaca hujan.
0 comments:
Post a Comment