Bond: Craig tewaskan 200 pesaing termasuk Superman

Aktor-aktor yang menjayakan watak James Bond sepanjang lima dekad lalu.
WALAUPUN Sean Connery dikenali sebagai pelakon asal siri filem 007, tetapi sebahagian besar pelakon lain yang turut memegang peranan sebagai agen perisik itu termasuk Cary Grant, David Niven dan Richard Burton turut mempamerkan lakonan berkesan sehingga diingati peminat filem itu sehingga kini.

Walau pun begitu, aktor yang kurang dikenali untuk watak Bond pada masa kini, seperti Daniel Craig perlu bekerja keras untuk membuktikan dirinya layak menjadi wajah baru untuk siri filem francais itu.

Dalam proses uji bakat yang berlangsung sepanjang hampir dua tahun, Craig menewaskan 200 pesaing untuk watak Bond, sebelum berpeluang berlakon dalam Casino Royale yang ditayangkan pada 2006.

Faktor proses uji bakat yang mengambil masa panjang itu adalah disebabkan penerbitnya, Barbara Broccoli dan pengedar filem Bond yang terbaru, Sony tidak berjumpa pelakon yang sesuai untuk watak itu.

Sebelum ini nama Orlando Bloom, Clive Owen, Colin Farrell, Karl Urban dan Gerard Butler dicadangkan untuk membawakan watak itu.

Khabar angin turut bertiup mengatakan Ewan McGregor, Hugh Jackman dan Jude Law turut disebut-sebut sebagai calon berpotensi.

Tetapi tiada seorang pun yang mengambil serius mengenai perkara itu dan tidak hadir uji bakat yang diadakan.

Sebelum muncul dengan filem Avatar (2009) dan Clash of the Titans (2010), pelakon kelahiran Australia, Sam Worthington pernah ditawarkan untuk menjalani uji bakat  watak Bond dalam Casino Royale.

Dia kemudiannya tidak memdapat peranan itu tetapi Worthington tetap berterima kasih dengan pengalaman kerana uji bakat yang diikutinya itu dia dapat memegang watak sebagai Jake Sully dalam filem arahan James Cameron.

“Saya tidak rugi apa-apa sebaliknya saya mendapat sesuatu.

“Saya menjangkakan akan dapat berlakon dalam beberapa adegan saja dengan James Cameron tetapi itulah dia peluang.

“Saya mendapatnya selepas hadiri uji bakat untuk James Bond,” kata Worthington.

Seorang lagi menjalani uji bakat itu ialah Henry Cavill.

Pengarahnya, Martin Campbell merasakan Cavill tidak layak apabila Campbell memilih Craig untuk watak itu.

Campbell merasakan Cavill terlalu muda untuk memainkan watak sebagai ejen perisik itu.

Selain itu, Cavill juga adalah merupakan pilihan pertama pencipta Twilight, Stephanie Meyer untuk memainkan watak Edward Cullen yang akhirnya jatuh ke tangan aktor British, Robert Pattinson.

Cavill dilaporkan bakal membintangi filem terbaru Superman: Man of Steel yang bakal ditayangkan pada musim panas tahun depan.

Selepas menunjukkan pencapaian cemerlangnya dalam uji bakat filem The Legend of Zorro, pelakon kelahiran Croatia, Goran Visnjic dipelawa untuk mencuba nasib sebagai agen 007 walaupun bahasa Inggeris bukan bahasa ibundanya.

Visnjic, yang dikenali dengan watak Dr Luka Kovac dalam drama bersiri ER, terang-terang tidak mendapat watak itu, tetapi dia tetap berdiri kukuh dalam bidang filem dan TV semenjak itu, temasuk bakal muncul dalam filem Ridley Scott’s The Counselor (2013) yang turut dibintangi pelakon Skyfall, Javier Bardem.

Seorang lagi aktor kelahiran Australia mencuba nasib untuk watak Bond, Alex O’Loughlin dan semenjak itu dia banyak memegang peranan dalam rancangan TV seperti Detektif Kevin Hiatt dalam The Shield dan sebagai Steve McGarrett dalam Hawaii Five-o.

Selepas 200 mencuba nasib, akhirnya kedua Broccoli dan Sony bersetuju untuk memilih Craig.

Satu info yang menarik apabila Idris Alba yang pernah muncul dalam filem Thor dan Prometheus telah mencadangkan kepada Broccoli untuk menjadi pelakon kulit hitam yang pertama membawakan watak Bond walaupun Craig dilaporkan bakal memperbaharui kontraknya sebagai James Bond.

Craig dilaporkan akan membintangi tiga filem terbaru Bond, termasuk Skyfall yang sedang ditayangkan.

0 comments:

Post a Comment