![]() |
Lewis Hamilton |
Hamilton masih berbaki dua perlumbaan dan enam hari di atas litar bersama pasukan McLaren sebelum berpindah ke Mercedes pada hujung minggu kemudian.
Beliau telah menerima tawaran bernilai £45 juta dengan kontrak tiga tahun bersama Mercedes yang juga merupakan pasukan yang hanya memenangi satu perlumbaan sejak penampilan kembali mereka ke Formula One pada tahun 2010.
Whitmarsh turut keliru menyatakan bahawa beliau kurang memahami keputusan Hamilton untuk berpindah ke pasukan itu.
Ditanya jika beliau merasakan bahawa Hamilton akan kesal dengan keputusan itu, Whitmarsh berkata: "Kadang kala, mungkin."
"Saya mengharapkan beliau akan mempertimbangkan keputusan itu terutamanya pada tahun hadapan."
Sebelum perlumbaan Grand Prix di Amerika Syarikat pada hujung minggu ini, Hamilton telah menolak kenyataan Whitmarsh dan yakin bahawa beliau keterlaluan dengan perasaan.
Disoal tentang reaksi beliau mengenai kenyataan itu, Hamilton berkata: "Saya terkejut setelah mendengar kata-kata beliau dan sudah tentu, ia amat mengecewakan.
"Saya telah menyertai pasukan yang hebat pada jangka masa panjang. Saya masih dalam pasukan dan akan memberikan yang seratus peratus dalam kededua perlumbaan terakhir.
"Namun, saya gembira dan akan kekal dengan keputusan saya."
Keputusan itu mungkin menjadi salah satu kesilapan Hamilton pada masa akan datang jika Mercedes tidak mampu meningkat dari tempat ke lima dalam kedudukan.
0 comments:
Post a Comment