"Kami akan berjuang musim depan"

Kimi Raikkonen bertekad untuk lebih berjuang pada musim depan setelah meraih 
kemenangan dalam Grand Prix Abu Dhabi.
Ditanya jika beliau berasa janggal setelah berjaya meraih kemenangan dalam perlumbaan pertama selama tiga tahun, pemandu Lotus itu berkata,"Tidak banyak perbezaan."

Pemandu yang lebih dikenali sebagai "The Iceman" telah berjuang dalam perlumbaan hebat pada hari Ahad yang turut menyaksikan beliau mengatasi Mark Webber setelah permulaan yang lemah dan mengambil kesempatan ke atas penarikan diri oleh Lewis Hamilton akibat kegagalan elektrik pada pusingan ke 20.

Namun, beliau harus awasi dengan Fernando Alonso setelah kereta Ferrari itu menonjolkan gerakan pantas yang turut membenarkan pelumba Sepanyol itu memotong jarak pada sesaat terakhir perlawanan.

Walaubagaimanapun, pelumba itu sedar akan apa yang patut dilakukan untuk meraih kemenangan pertama beliau sejak Grand Prix Belgium pada tahun 2009, lalu berjaya menjuarai satu perlumbaan dalam penampilan kembali beliau di saingan Formula One.

"Anda telah mengkritik saya pada masa dahulu kerana saya tidak banyak bersenyum jadi saya tidak akan lagi membuat demikian tetapi saya ingin menegaskan kebahagiaan saya untuk pasukan," Raikkonen berkata dalam sesi persidangan akhbar selepas perlawanan itu.

"Kami masih berbaki beberapa perlawanan. Saya akan sambung berjuang dalam perlawanan seterusnya. Kami juga akan menyambut kemenangan ini dengan meriah."

0 comments:

Post a Comment