Vettel pelumba F1 termuda julang kejuaraan triple

Sebastian Vettel
SAO PAULO 26 Nov. - Sebastian Vettel dari Red Bull menjadi pelumba Formula Satu termuda yang memenangi kejuaraan triple iaitu pada usia 25 tahun selepas Grand Prix Brazil yang basah dan kelam kabut, semalam.

Pemandu Jerman itu menamatkan perlumbaan di tempat keenam selepas bangkit daripada ketinggalan ekoran kerosakan pada keretanya, pada pusingan permulaan dan akhir, untuk meraikan kejayaan selaku pemandu pertama yang memenangi kejuaraan kali ketiga berturut-turut.

Perlumbaan di litar Interlagos itu dimenangi pemandu McLaren, Jenson Button yang diiringi oleh kereta keselamatan sehingga ke garisan pemanat.

Vettel menamatkan musim ini dengan mengutip 281 mata untuk mengatasi Fernando Alonso dari Ferrari yang memperoleh 278 mata sekali pun menduduki tempat kedua di Interlagos.

Manakala pemandu Lotus Renault yang juga bekas juara dunia, Kimi Raikkonen yang kembali ke litar musim ini, berada di tempat ketiga keseluruhan dengan 207 mata. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment