Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas

Aminulrasyid Amzah
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Koperal Jenain Subi daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan demikian selepas mendapati Jenain tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk menghentikan kenderaan dipandunya.

Jenain, 49, yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. - Sinar

0 comments:

Post a Comment