Malaysia anjurkan Grand Prix kedua


Jutawan Singapura, Peter Lim dilaporkan telah menandatangani tawaran untuk mengadakan Grand Prix di wilayah Iskandar Malaysia pada tahun 2016.

Projek itu dilaporkan menanggung kos sebanyak RM3.5 juta dan akan diadakan berdekatan Tuas Second Link. Tawaran itu ditujukan seketika Forum Ekonomi Islam Dunia di Johor Bahru baru-baru ini dan telah melibatkan kerjasama antara FASTrack Autosports, yang dimilik oleh Lim dan juga UEM Land, anak syarikat kepada Khazanah Nasional Berhad.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Malaysia di litar Antarabangsa Sepang dan Lim impikan litar baru untuk menjadi sebahagian daripada 'Kota Motorsport' yang akan mempunyai litar go-kart sepanjang 1.5km, bilik pameran kereta, pusat penyelidikan dan pembangunan, sekolah memandu dan banyak-banyak lagi.

"(Kota Motorsport) merupakan projek yang menarik, sesuatu yang saya suka dan saya berpendapat bahawa kami boleh menjayakan terutama dengan kos perniagaan yang tinggi di Singapura," Lim memberitahu persidangan akhbar pada hari Selasa.

"Ia merupakan sebab utama mengapa saya yakin bahawa projek ini akan berjaya."

Pegawai eksekutif FASTrack Autosports, Barry Kan menambahkan bahawa perbincangan sedang dijalankan dengan beberapa pereka litar seperti Hermann Tilke. Tilke pernah mereka litar di Bahrain, Sepang, Shanghai, Istanbul, Valencia, Singapore, Abu Dhabi dan Delhi.

"Kami telah bertemu beberapa pereka litar seperti Hermann Tilke dan telah menunjukkan beberapa lukisan litar yang diinginkan. Tilke amat teruja dengan rancangan kami," Kan mendedahkan.

"Visi kami adalah untuk Kota Motorsports kekal sebagai autodrome perdana serantau. Kami tidak sabar untuk menyaksikan potensi acara sukan ini terutama dengan peningkatan dalam para penyokong di Singapura dan Malaysia."

Asia Tenggara juga mempunyai satu lagi perlumbaan iaitu Gand Prix Singapura dan perlumbaan yang khas diadakan pada waktu malam itu baru ditawarkan kontrak lanjutan pada bulan September dan akan kekal dalam kalender F1 sehingga 2017.

Fernando Alonso adalah pemenang terbaru dalam Grand Prix Malaysia dalam perlumbaan yang dilanda hujan lebat awal apda ubulan Mac pada tahun ini.

0 comments:

Post a Comment