Mandul atau susah hamil?


Dua situasi berbeza, tetapi masalahnya sama. Ingin zuriat sendiri, itu idaman pasangan berumah tangga.

Ada yang bunting pelamin dan ada yang tidak ‘lekat-lekat’ walaupun bertahun berkahwin. Ada juga yang tidak ambil kisah mengenainya.

Kajian Starting Familes Asia 2011-2012, memperlihatkan sebahagian besar wanita di negara ini kurang pengetahuan mengenai masalah kesuburan dengan kira-kira 69 peratus tidak menyedari mereka dikategorikan sebagai tidak subur selepas setahun berkahwin.

Kajian dijalankan ke atas 1,000 wanita di 10 negara Asia menunjukkan masalah itu berpunca daripada sikap pasangan yang terlalu fokus kepada pencapaian dalam kerjaya, kesihatan dan keinginan memiliki hubungan yang stabil sebelum memiliki anak.

0 comments:

Post a Comment