![]() |
BENNETT (dua dari kanan) bertekad tidak akan memberi
laluan mudah kepada Filipina pada aksi di Singapura, Rabu ini. |
Biarpun memiliki begitu banyak peluang keemasan, ia disia-siakan anak-anak buah Radojko Avramovic sehingga terpaksa menunggu lebih lama pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura, Rabu ini untuk menempah slot ke final.
Namun, tonggak pertahanan Singapura, Daniel Bennett percaya rakan-rakan sepasukannya tidak akan memberikan laluan mudah kepada The Azkals pada aksi separuh akhir kedua nanti.
"Peraturan gol di tempat lawan sememangnya tidak memihak kepada kami, jadi kami perlu memburu gol awal di Stadium Jalan Besar nanti.
"Kami dilihat memiliki begitu banyak peluang keemasan tetapi gagal menjaringkan gol.
"Memang sukar berdepan pasukan yang memiliki fizikal yang lebih baik seperti Filipina tetapi mereka juga tertekan seperti mana kami.
"Kami akan menanti mereka di Singapura, jadi kami tidak akan memberikan laluan yang mudah buat mereka," kata Bennett.
Dalam pada itu, Avramovic juga tidak dapat mengesahkan sama ada dapat menggunakan khidmat perancang tengah, Shi Jiayi pada aksi separuh akhir kedua nanti.
Jiayi sebelum ini terpaksa diketepikan Avramovic pada aksi separuh akhir pertama kerana berdepan masalah keluarga.
"Saya belum pasti, saya harap dia (Jiayi) dapat kembali memperkuatkan kami," kata Avramovic.
0 comments:
Post a Comment