![]() |
Pemain Thailand, Kirati Keawsombut (kiri) meraikan jaringannya bersama Teerasil
Dangda pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Rajamangala, kelmarin. |
JUARA tiga kali kejohanan, Thailand ternyata begitu serius untuk merampas kejuaraan Piala AFF Suzuki daripada Malaysia kali ini.
Buktinya, anak buah Winfried Schafer melakar kemenangan dalam kesemua perlawanan peringkat Kumpulan A.
Malah, perlawanan terakhir menentang Vietnam kelmarin, skuad Gajah Putih itu sekali lagi mempamerkan kehebatan apabila membenam lawan 3-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Paling mencuri tumpuan, Schafer hanya membariskan pemain simpanan kerana mahu memberi laluan buat skuad utamanya berehat untuk aksi separuh akhir nanti.
"Sembilan mata, sembilan gol...hebat. Saya puji persembahan pemain yang mempamerkan semangat juang yang tinggi.
"Secara jujur, saya tidak mahu ambil risiko kerana itu saya turunkan pemain simpanan, tapi ia berbaloi dan menggembirakan saya," katanya.
Thailand menamatkan saingan sebagai juara kumpulan akan diiringi Filipina ke pusingan separuh akhir.
0 comments:
Post a Comment