Lionel Messi menjadi pemain lelaki pertama untuk merangkul penghargaan sebagai pemain terbaik dunia sebanyak empat kali dalam acara Ballon d'Or di Zurich.
Acara yang disiarkan secara langsung pada malam Isnin telah dihadiri beberapa ikon dan pemain lagenda dalam dunia bola sepak.
Penghargaan pertama adalah pemilihan kesebelasan utama terbaik dunia dan ia dibintangi oleh: Iker Casillas, Dani Alves, Marcelo, Gerard Pique, Sergio Ramos, Andreas Iniesta, Xabi Alonxo, Xaxi Hernandez, Christian Ronaldo, Rademel Falcao, Lionel Messi.
Penjaga gawang Iker Casillas terlah berkata: "Saya gemar bermain dalam posisi saya. Saya hanya ingin bermain sebagai penjaga gol dan penghargaan ini amat memuaskan."
Apabila ditanya bagaimana caranya untuk menjadi pemain yang hebat seperti beliau, Cristiano Ronaldo menjawab: "Ia bukan senang! Anda tidak boleh lupa diri, harus bekerja keras dan harus mempunyai sifat rendah diri."
Pia Sundhage meraih penghargaan Jurulatih Terbaik Wanita dan beliau telah menyanyikan lagi yang memberi penghormatan kepada Abby Wambach dan Alex Morgan untuk kejayaan yang dicapai semasa Sukan Olimpik di London 2012.
Vicente Del Bosque menang Jurulatih Terbaik setelah membawa pasukan Sepanyol ke kemenangan kedua dalam Kejuaraan Euro di Poland dan Ukraine serta kemenangan Piala Dunia 2010.
Beliau berkata: "Peluang untuk beraksi dengan Persatuan Bolasepak Sepanyol dan pasukan teknikal serta jurulatih adalah satu penghargaan yang tinggi.
"Saya ingin berterima kasih kepada semua jurulatih yang telah bekerjasama dengan saya."
Franz Berkenbauer diberi Penghargaan Presiden Fifa oleh Sepp Blatter kerana telah meneruskan usaha untuk mengharumkan lagi nama sukan bola sepak walaupun telah meraih Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih.
Beckenbauer telah berkata: "Saya telah menerima beberapa penghargaan sebagai pemain dan jurulatih. Tetapi penghargaan Presiden FIFA ini adalah sesuatu yang istimewa. Saya ingin berterima kasih kepada presiden kerana memberi saya penghargaan ini."
Uzbekistan pula meraih Penghargaan Fairplay setelah mencatatkan markah Fairplay tertinggi tahun ini dengan kad kuning dan kad merah yang terendah dari perlawanan yang dimainkan.
Miroslave Stoch menang Penghargaan Puskas FIFA untuk gol terbaik apabila menjaringkan gol dengan tendangan voli dalam perlawanan Fenerbahçe lawan Gençlerbirliği pada 3 March 2012.
Abby Wambach menang Pemain Wanita Terbaik setelah menjaringkan 152 gol dalam 198 penampilan untuk pasukan wanita Amerika Syarikat dan beliau berkata: "Saya tidak jangka yang saya dapat menang. Terima kasih kepada FIFA, Presiden Blatter, Pia, pegawai jurulatih dan medikal.
Lionel Messi muncul sebagai Pemain Lelaki Terbaik Ballon d'Or untuk kali keempat setelah memecahkan rekod jaringan gol terbanyak dalam satu tahun pada 2012 dengan 91 gol.
Messi berkata: "Sebenarnya, ini amat mengagumkan. Saya tidak mampu menyatakan perasaan saya setelah meraih kemenangan keempat ini.
"Saya ingin berterima kasih kepada rakan sepasukan saya dari Barcelona: Iniesta, ia adalah satu penghargaan apabila saya dapat berlatih dan bermain dengan anda. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sepasukan Argentina."
Senarai Pemenang
FIFA Ballon d'Or: Lionel Messi
FIFA Pemain Wanita Terbaik: Abby Wambach
FIFA Jurulatih Terbaik (Pasukan Lelaki): Vicente Del Bosque
FIFA Jurulatih Terbaik (Pasukan Wanita): Pia Sundhage
FIFA Penghargaan Presiden: Franz Beckenbauer
FIFA Penghargaan Fair Play: Uzbekistan FA
FIFA Penghargaan Puskas: Miroslav Stoch
FIFA/FIFPro Kesebelasan Terbaik Dunia: Iker Casillas, Dani Alves, Gerard Pique, Sergio Ramos, Marcelona, Xabi Alonso, Xavi, Andres Iniesta, Lionel Messi, Radamel Falcao, Cristiano Ronaldo
0 comments:
Post a Comment