Misbun Ramdan gah lakar kejutan memenangi GP Final
Kebangsaan Ahad lalu.
|
Diberi peluang beraksi pertama kali, pemain berusia 21 tahun itu bagaimanapun mengakui ia bukan tugas mudah kerana dia perlu beraksi di pusingan kelayakan terlebih dulu dengan menentang Chen Yuekun dari China.
Saya harap dapat masuk undian utama dan seterusnya ke suku akhir atau separuh akhir, katanya ketika dihubungi semalam.
Bertemu Yuekun di pusingan kelayakan pertama saya anggap sebagai misi membalas dendam kerana saya pernah tewas di tangannya di Terbuka Thailand tahun lalu.
Seandainya Misbun Ramdan dapat melepasi halangan pertama itu, anak legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek itu akan beraksi di pusingan pertama dan menantinya pemain dari Indonesia, Alamsyah Yunus yang mempunyai rekod menewaskannya dua kali sebelum ini.
Memang laluan saya sukar, tetapi saya akan cuba melakukan yang terbaik memandangkan ini adalah pertama kali saya beraksi dalam kejohanan ini. Saya akui sangat teruja dan tidak sabar beraksi, katanya.
Untuk itu, saya menanam azam yang kuat dan melakukan persediaan secukupnya termasuk dari segi latihan. Jadi, sudah tentu saya tidak akan melepaskan peluang ini begitu saja, katanya.
0 comments:
Post a Comment