Saingan MotoGP bermula

Lorenzo turut sama menguji jentera musim ini di SIC bermula 
Selasa ini.
SAINGAN MotoGP 2013 secara rasminya bermula Ahad ini dengan sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 5 hingga 7 Februari ini sebelum perlumbaan sebenar bermula di Qatar pada 5 April nanti.

“Saingan musim ini bakal menyaksikan perubahan besar dalam kalangan pasukan bertanding dan barisan pelumba,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

Katanya, ujian pra-musim bakal menyaksikan barisan pelumba pasukan CRT yang sudah pun memulakan latihan sejak dua hari lalu.

“Mereka yang beralih kepada Magneti Marelli ECU musim ini diberi tambahan dua hari (pada 3 dan 4 Februari) untuk menguji jentera baru mereka,” katanya peminat boleh datang menyaksikan ujian pra musim itu secara percuma.

Pasukan Avintia Blusens diwakili pelumba Hiroshi Aoyama dan Hector Barber, manakala pasukan Came Ioda Racing Project Racing dibarisi pelumba Danilo Petrucci dan Lukas Pesek.

Sementara pasukan NGM Mobile Forward Racing bakal memperkenalkan pelumba baru juga bekas juara superbike dunia Colin Edwards bersama seorang lagi perlumba iaitu Claudio Corti.

0 comments:

Post a Comment