Hamilton rasa bersalah melepasi Rosberg


Lewis Hamilton mengakui bahawa beliau rasa bersalah kerana telah melepasi rakan sepasukan Mercedes Nico Rosberg di Grand Prix Malaysia.

Pengurus pasukan Mercedes Ross Brawn telah memberi arahan untuk Rosberg mengekalkan posisi walaupun pemandu Finland itu minta untuk melepasi Hamilton.

Rosberg rasa kecewa dengan keputusan itu dan memberi amaran kepada Brawn dan memberitahunya untuk "jangan melupakan ini" selepas dipuji oleh pengurusnya.

Hamilton mengakui bahawa Rosberg sepatutnya mendapat posisi podium dan memuji pemandu yang berusia 27 tahun itu.

"Sebenarnya, dia (Rosberg) sepatutnya berada di sini, dia adalah rakan sepasukan yang baik dan telah memberi prestasi yang mengagumkan." Hamilton berkata.

"Kami memastikan yang kereta kami selamat dan saya bangga dengan keputusan baik untuk pasukan, tetapi saya tidak rasa selesa dengan tempat saya di podium.

"Perlumbaan memang macam ini, saya harus pandang ke hadapan."

Tentang insiden Hamilton yang masuk ke pit stop pasukan lamanya pula, beliau berkata: "Saya telah mengulangi apa yang dilakukan Jenson (Button) beberapa tahun lalu.

"Saya sering membuat pit stop dengan McLaren dan saya membuat kesilapan besar, saya ingin minta maaf kepada rakan sepasukan saya."

0 comments:

Post a Comment