![]() |
Selangor mengutip tiga mata selepas membelasah Johor Darul Takzim 4-1 di Stadium Shah Alam dalam
saingan Liga Super pada Sabtu malam.
|
Perlawanan yang dinantikan ini ternyata menghiburkan dengan aksi hebat pasukan tuan rumah di hadapan hampir 40,000 penyokong.
S.Kunanlan meletakkan Selangor di hadapan seawal minit keempat perlawanan - gol ketiga jaringannya musim ini.
Forkey Doe kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-32 dari jarak dekat.
Harimau Selatan cuba untuk bangkit pada babak kedua namun aksi hebat oleh penjaga gol Selangor, Norazlan Razali menafikan setiap percubaan mereka.
Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan, Peter Chrappan dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya dibuang padang pada minit ke-57.
Walaubagaimanapun, gandingan mantap antara Mahalli Jasuli dan Forkey Doe telah membuahkan hasil apabila Mahalli berjaya menyumbat gol ketiga untuk Selangor.
Dua minit kemudian, kapten, Amri Yahyah menambah derita pasukan pelawat dengan jaringan keempat untuk Red Giants sebelum Norshahrul Idlan menjaringkan gol saguhati untuk Darul Takzim pada minit ke-74.
0 comments:
Post a Comment