Alonso menang di Shanghai


Alonso mendapat kemenangan buat kali pertama selepas 13 perlumbaan dan juga menghidupkan semula cabaran kejuaraan dunia Formula One.

Selepas terpaksa menarik diri di Malaysia tiga minggu lepas, bintang Ferrari itu berlumba dengan hebat untuk memenangi Grand Prix China di Litar Antarabangsa China.

Fernando Alonso mencatatkan kemenangan pertamanya dalam Formula One 2013 dengan perlumbaan yang sempurna di GP China.

Ini adalah kemenangan ke-31 untuk Alonso dalam kariernya.

Alonso menamatkan perlumbaan 10 saat ke atas Kimi Raikkonen yang bersama Lotus sementara Lewis Hamilton di tempat ketiga.

0 comments:

Post a Comment