Hafizh Syahrin |
Penyertaan dalam saingan itu adalah wildcard keempat bagi pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu, tahun ini.
Selaku pelumba wildcard , Hafizh Syahrin, 19, menampilkan prestasi terpuji dalam tiga perlumbaan sebelum ini, iaitu pada MotoGP Perancis di Litar LeMans, MotoGP Sepanyol di Litar Catalunya dan MotoGP Malaysia di Litar Sepang.
Sepanjang tiga penyertaan wildcard itu, beliau mencatat keputusan memberangsangkan dengan menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-22 di LeMans, Catalunya (18) dan Malaysia (16).
"Pada masa ini, saya hanya memberi tumpuan untuk merebut gelaran di Kejuaraan Sepanyol dan pada masa sama mahu mencatat keputusan terbaik di Valencia (MotoGP) minggu depan.
"Saya mahu mendapatkan keputusan wildcard terbaik pada tahun ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Petronas Motorsports hari ini.
Penampilan Hafizh Syahrin pada saingan MotoGP semusim penuh pada tahun depan menjadi perbualan hangat selepas mengukir kejayaan terutama pada perlumbaan CEV-Repsol di Sepanyol, tahun ini. - Bernam
0 comments:
Post a Comment