Senarai nama pegawai dan anggota polis terkorban

8 wira yang gugur
8 wira yang gugur

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai nama pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban dalam insiden serangan membabitkan kumpulan bersenjata rakyat asing di Lahad Datu pada Jumaat dan Semporna, Sabtu lepas.
 
Lahad Datu
  1. Sjn Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
  2. ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Kem Ulu Kinta, Perak
Semporna
  1. Supt Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
  2. L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
  3. Sjn Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
  4. Kpl Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
  5. ASP Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna
  6. Sjn Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.


     -Bernama

Kenderaan tentera bertali arus ke Kg Tanduo




Puluhan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan berhampiran Kampung Tanduo lewat petang ini.

Kenderaan tentera yang bertali arus itu, termasuk kereta perisai dan trak membawa anggota tentera, dilihat memasuki kawasan jalan ladang kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang ini.

Barisan trak tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membelok ke jalan ladang tersebut.

Turut dilihat dalam barisan kenderaan itu adalah dua ambulans.

Jalan ladang berkenaan merupakan antara beberapa laluan ke Kampung Tanduo. Petugas media dihalang daripada menggunakan jalan berkenaan, dan hanya dilalui pasukan keselamatan yang menuju kampung tersebut.

Perkembangan ini berlaku susulan dakwaan penduduk tempatan bahawa Tentera Diraja Sulu yang dikepung di Kampung Tandou meloloskan diri dari sekatan dan menduduki Kampung Tanjung Batu.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada peningkatan jumlah tentera itu bagi meluaskan perimiter kawalan ke atas penceroboh, yang kini turut melibatkan kampung berdekatan, atau untuk bertindak ke atas kumpulan bersenjata itu.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan panglima angkatan tenera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin enggan mendedahkan sekiranya pasukan keselamatan akan bertindak ke atas penceroboh berkenaan.

Tujuh batalion ATM ke Sabah

Ahmad Zahid Hamidi (empat dari kanan) bersama Hishammuddin Tun Hussein (tiga dari kiri) 
dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain (kiri) sejurus tiba 
menggunakan helikopter Nuri di Felda Sahabat semalam.

KUALA LUMPUR 4 Mac - Sebanyak tujuh batalion anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani insiden pencerobohan oleh kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, lima batalion ditempatkan di daerah Lahad Datu, manakala masing-masing satu di Sandakan dan Tawau.

''Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya,'' kata beliau menerusi Twitternya di sini hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan mandat dan kuasa sepenuhnya kepada Panglima ATM, selain Ketua Polis Negara untuk mengambil apa sahaja tindakan yang perlu tanpa ada lagi sebarang lanjutan masa kepada kumpulan penceroboh berkenaan.

Sementara itu, Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain semalam menegaskan ATM dan polis mempunyai perancangan dan strategi mantap serta mampu menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 1 Mac lalu, dalam pertempuran antara kumpulan pencerobohan Sulu dengan pasukan VAT 69 telah mengorbankan dua anggota pasukan itu .

Dalam dua serangan berasingan di Kampung Simunul, Semporna Sabtu lalu pula, enam anggota polis terbunuh, dua cedera dan beberapa lagi anggota keselamatan dikepung oleh kumpulan penceroboh.

Terdahulu, Zahid bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berada di Lahad Datu turut mendengar taklimat daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah Terkini!!


Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah terkini : Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh Lahad Datu Sabah bersenjata dari selatan Filipina (pengikut SULTAN SULU) maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu  pada 1 Mac 2013.

Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera berdasarkan laporan berita terkini Bernama.

Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah.

Mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota keselamatan yang sedang berkawal, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Lahad Datu Sabah, insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah yang merupakan pengikut Sultan Sulu itu berlanjutan selama 20 minit.

Menceritakan semula kejadian itu, Hamza berkata kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah (SULU) yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.

“Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak,” kata Hamza. [Sumber : Malaysiakini BM]


Koleksi 17 Gambar Terkini Pencerobohan Lahad Datu Sabah









Gambar Krisis di Lahad Datu Sabah



Mesej terakhir arwah Inspektor Zulkifli Mamat

Gambar terakhir arwah Inspektor Zulkifli Mamat (paling depan, kiri)

Gambar Penceroboh di Lahad Datu Sabah (SULU) : Kedudukan Kubu Mereka

Gambar Kubu Penceroboh Lahad Datu Sabah

Gambar Pencerobohan di Lahad Datu Sabah : Senjata Dirampas

Gambar senjata yang berjaya dirampas



Gambar Pencerobohan Lahad Datu Sabah : Komando PDRM Terkorban

Gambar Allahyarham Koperal 113088 Sabarudin Bin Daud (terkorban)

Gambar Allahyarham Inspektor 17992 Zulkifli Bin Mamat (Terkorban)

Takziah kepada keluarga Allahyarham. Mari sama-sama kita sedekah Al Fatihah kepada pejuang dan wira negara yang terkorban dalam krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah kali ini.

Penceroboh Lahad Datu Nekad Terus Berjuang Atau Mati!

Seperti yang kita sedia maklum, pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 orang termasuk sebahagian besarnya bersenjata, yang memakai pakaian celoreng tentera, mendarat di pantai Lahad Datu, Sabah.


Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutann empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka.

Semalam terdapat tanda-tanda positif situasi tegang ini akan berakhir apabila kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kesemua mereka termasuk pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu itu.

Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan berkenaan.

Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan
Malaysia di Manila.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga,
“sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan”.

“Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri,” katanya.

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: “Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami
menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air.”

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan.

TETAPI LAPORAN TERKINI yang diterima cukup meresahkan.

Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

“Terus berjuang atau mati,” kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan,” tambahnya.

Persoalannya sekarang ialah, APA SEBENARNYA YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG INI?

Di saat kita seolah-olah boleh menarik nafas lega dengan kenyataan pihak berkuasa, kumpulan penceroboh pula ternyata menyatakan pendirian yang sebaliknya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh dipuji kerana mengambil berat tentang permasalahan ini termasuk ‘terbang’ ke kawasan konflik walaupun tindakan itu boleh mengancam nyawanya.

Tetapi pada masa yang sama, Hishammuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tidak boleh terus membuatkan rakyat berada dalam teka-teki.

Kita faham, kerajaan mungkin ada ‘cara’ untuk menyelesaikan perkara ini tetapi rakyat juga berhak untuk mengetahui perkembangan kes tersebut kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan tanah air yang tercinta ini.

Mungkin ada benda yang tidak boleh diperincikan kerana ia melibatkan ‘strategi’ PDRM sendiri di mana ia mungkin boleh menjejaskan proses rundingan .

Namun zaman sekarang ini rakyat boleh akses kepada maklumat dengan mudah, hanya semudah menekan tetikus di hujung jari.

Kita bimbang, akan ada selepas ini anasir-anasir tidak bertanggungjawab yang akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat yang salah, atau lebih tepat, mengapi-apikan keadaan supaya keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal!

Jadi sebelum benda-benda itu berlaku, kita berharap Hishamuddin dan Ismail dapat berbuat sesuatu agar rakyat tidak terus tertanya-tanya atau berada dalam keadaan teka-teki.

Percayalah, jawapan ’semuanya berada dalam keadaan terkawal’ saja tidak cukup.

Namun dalam apa keadaan sekali pun, kita percaya dan penuh yakin Hishammuddin dan Ismail mampu menangani masalah ini.

Cuma, itulah seperti mana yang dikatakan tadi, rakyat resah dan keresahan ini ternyata ada asasnya kalau bersandar pada kenyataan ketua pencoroboh itu.

Semoga situasi di Lahad Datu ini akan selesai tanpa melibatkan pertumpahan darah, ibarat menarik rambut dalam tepung…rambut tak putus, tepung tak berselerak!

Pada Allah akhirnya kita berserah.

*Gambar di atas adalah gambar fail

-Mynewshub