Ducati Diavel AMG – flagship devil rolls in at RM194k


Five months after making its first public showing at Frankfurt, the Ducati Diavel AMG has oficially arrived in Malaysia. A preview unit has been specially flown in and is now on display at the Ducati AMG Performance Centre in Bangsar, with the order books open for it.

The special edition, which retails for RM193,999, is based on the Diavel Carbon, and is dressed in matte black carbon fibre bodywork with an AMG “Diamond White Bright” stripe and frame colour trim.

Features include special edition black wheels, carbon fibre lateral radiator grilles (with aluminium trim), an AMG-style sport exhaust system with engraved end-caps as well as an AMG-style horizontally ribbed seat upholstered in Alcantara. The ‘AMG’ moniker is also present on both sides of the fuel tank, laser-engraved into the air-duct panels.

With every engine having its Desmodromic cam-timing set by hand, the bike comes authenticated with the name of the engine technician engraved on the left-side engine casing, and further underlining the model’s exclusivity, each motorcycle will come with a numbered plaque on the fuel tank.

Chong Kok Kopitiam


Kalau anda pergi ke bandar Klang pada waktu pagi dan belum bersarapan anda boleh cuba bersarapan di Chong Kok Kopitiam. Dari namanya sudah tentu kebanyakan orang Melayu tak akan masuk ke dalam kedai tersebut, tapi elok pergi jengok dulu lebih dekat dan masuk ke dalamnya.

Anda akan terkejut kerana dalam kedai kopi itu penuh dengan kerusi meja dari depan sampai ke belakang kedai dan dipenuhi oleh orang ramai dari pelbagai bangsa. Masa saya pergi baru-baru ini, ada Melayu, Cina, India, dan Benggali.


Di depan pintu masuk kedai ada stall nasi lemak kukus dan kuih muih dan semuanya orang Melayu yang jual. Pergi masuk bahagian buat air pula ada tempat menyediakan minuman, tempat menyediakan roti bakar dengan berbagai jenis roti dan juga tempat menyediakan telur separuh masak, telur pula adalah telur ayam kampung dan semua yang menyediakannya orang melayu.

Setelah duduk dan order makan, selesai makan pergi ke kaunter anda boleh bayar dan yang ambil duit adalah nyonya cina.


KHASIAT PISANG

TAHUKAH ANDA?
  1. Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
  3. Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  4. Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
  5. Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  6. Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  7. Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  8. Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  9. Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula

BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN


Amalan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran telah terbukti dapat membantu kita mengawal simptom alahan dan respitori. Hasil kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Sepanyol, Greek dan United Kingdom terhadap amalan pemakanan dan tahap kesihatan kanak-kanak di kawasan pedalaman di Eropah yang mana lebih mudah mendapat akses kepada sumber-sumber tersebut kerana kedudukan geografinya dn mudah mendapat sumber bekalan makanan tersebut. Hasil kajin yang dilakukan, didapati:-

  • Memberi perlundungan kepada mereka yang menghidapi masalah asma, alahan dan juga respitori.
  • Pengambilan oren, epal, tomato dan anggur didadapati memberi kesan yang signifikan dalam melindungi kanak-kanak daripada kesukaran bernafas dan alahan rintis.
  • Mereka yang makan dan mengambil makanan seperti kacang yang kaya dengan sumber vitamin E sekurang-kurangnya tiga kali seminggu juga didapati kurang menghadapi kesukaran bernafas. Viitamin E merupakan bahan utama yang diperlukan tubuh badan manusia menahan pemusnah sel dan ancaman radiasi oleh oksidan dan radikal bebas. Kekacang dan sayur-sayuran juga mempunyai kandungan magnesium yang tinggi dan menurut sesetengah pengkaji dapat membantu melindungi daripada serangan asma dan meningkatkan kekuatan paru-paru serta saluran penafasan.
  • Kajian lain juga merumuskan amalan pemakanan yang memberi penekanan kepada budaya makan yang mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan akan memberi kesan yang manfaat ke atas simptom-simptom asma di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa sekurang-kurangnya berkurangan sebanyak 23 peratus dalam tempoh tiga tahun.
  • Manfaat ini adalah berkaitan dengan vitamin-vitamin dan anti-oksidan yang terkandung dalam makanan tersebut dan ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada mereka yang mengidap masalah alahan yang serius dan berkait rapat dengan keradangan dan paru-paru.

Ini adalah selaras dengan Islam yang menggalakkan pemakanan makanan yang halal dan toyyib dalam kehidupan termasuklah menekankan tabitat makan yang betul dan seimbang. Jelas terbukti bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membatu kita dalam menempuhi kehidupan dengan lebih sihat.

Proton Inspira edisi Yes 4G di dalam kotak hitam, model pertama Proton dilengkapi internet berkelajuan tinggi


Misteri kotak hitam yang diletakkan di hadapan Lot 10, Kuala Lumpur sebelum ini akhirnya terbongkar jua apabila ia dibuka untuk pameran kepada orang ramai.

Rupa-rupanya di dalam kotak hitam itu terdapat sebuah model Inspira edisi istimewa yang telah diubahsuai dengan kelengkapan internet berkelajuan tinggi Yes 4G daripada pembekal perkhimatan internet YTL Communications.

Menurut Proton, pelancaran model Inspira edisi Yes 4G yang diadakan kelmarin telah menjadi penanda aras terbaru berkenaan kolaborasi strategik di antara syarikat automotif nasional pertama negara itu dengan sebuah syarikat pembekal perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di Malaysia.


Selepas ini model terbaru Proton bakal dilengkapkan dengan sistem internet berkelajuan tinggi daripada Yes 4G, di mana model pertama ialah Proton P3-21A yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Melalui sambungan internet tersebut, sebanyak lima peranti mudah alih boleh disambungkan melalui rangkaian tanpa wayar mikro Yes 4G yang dilengkapkan pada kereta pada satu-satu masa, seterusnya bakal memberikan pengalaman baru internet berkelajuan tinggi kepada pemandu dan penumpang kenderaan di Malaysia.

Pada masa depan, pelbagai lagi aplikasi pintar seperti alat kawalan diagnostik kenderaan pada masa sebenar, aplikasi perlindungan keselamatan dan perkhidmatan berasaskan lokasi akan turut ditawarkan, menjadikan pengalaman pemanduan lebih selamat, lebih mudah dan menyeronokkan.


Walaupun nampak futuristik dan agak luar biasa, Proton Inspira edisi Yes 4G itu hanya merupakan kereta pertunjukan (show car) sahaja yang telah dilengkapkan dengan 3 unit peranti mudah alih terkenal iPad 2 dari Apple dan mobile router tanpa wayar Yes Huddle 4G.

Bahagian luaran Inspira itu telah menerima pengubahsuaian ekstensif yang menonjolkan warna cat istimewa dan rim sport 18 inci edisi terhad. Proton tidak menawarkan satu-satunya model Inspira edisi Yes 4G itu untuk dijual, namun jika anda bernasib baik, ianya mungkin menjadi milik anda secara percuma.


Untuk memenanginya, anda boleh menyertai pertandingan ‘Win Malaysia’s First 4G Internet Car’ yang bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 27 Mac 2012. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.proton.com.