Sujud syukur Hafizh

Kuala Lumpur: Hafizh Syahrin Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dalam usia 18 tahun, dia telah mencipta nama sebagai antara penunggang paling cemerlang dalam saingan Moto2. Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia ini adalah juara CP115 (2009), CP130 (2010), SuperSports 600cc ARRC di Qatar dan juara CEV Buckler di Sepanyol.

Kenapa setiap kali memenangi perlumbaan, terutama di saingan CEV Buckler dalam saingan GP 2 di Sepanyol , anda terus bersujud. Apakah maknanya pada anda? 

Saya sentiasa berdoa agar selamat dan memberikan persembahan terbaik setiap perlumbaan. Berkat usaha dan doa, saya dapat me menangi perlumbaan. Saya bersu jud tanda syukur.



Apa yang anda fikirkan setiap kali menunggang dengan kelajuan tinggi? Atau adakah anda me mang tidak terlintas apa-apa ketika itu? 

Saya hanya berfikir untuk pergi lebih laju dan strategi untuk ke podium.

Bagaimana rasanya apabila me ngambil selekoh dengan kepala hampir mence cah litar? 

Tidak ada rasa apa-apa. Saya hanya memikirkan 'marker' yang sudah saya tentu kan pada setiap selekoh. Le bih hampir dengan 'marker', le bih balik.

Apa yang kerap atau menjadi amalan anda lakukan sebelum keluar ke litar untuk berlumba? 

Saya sentiasa berdoa untuk memberi yang terbaik setiap kali sebelum keluar ke litar. Saya juga mendengar lagu-lagu kegemaran saya untuk menenangkan diri.

Ketika terjatuh atau terbabas pada kelajuan yang tinggi, apa yang pertama terlintas difikiran anda? 

Saya hanya memikirkan kese lamatan diri saya dan kenapa saya terjatuh.

Kadangkala bila mengambil se lekoh, nampak tayar belakang an da sedikit tergelincir, apa pera saan anda ketika itu atau adakah ia sudah menjadi perkara biasa bagi anda? 

Itu adalah perkara biasa. Adalah menjadi tugas saya untuk kembali mengawal motosikal. Kadangkala, 'sliding' akan membantu saya lebih laju di selekoh.

Kenapa memilih jentera beroda dua, bukan kereta yang memung kinkan anda untuk beraksi dalam saingan formula satu (F1) dan pen dapatannya juga lebih lumayan? 

Pada saya lebih mencabar me milih jentera beroda dua.

Apa perasaan anda bila sudah me makai sut lumba berbanding ber pakaian biasa.

Saya berasa tidak sabar untuk keluar ke litar dan lebih bersedia dan bersemangat.

Setiap kali menaiki jentera anda, apa perasaan anda? 

Saya berasa teruja. Ini adalah ke gemaran saya dan saya ingin sen tiasa memberikan aksi yang ter baik.

Ketika berlumba, adakah anda nampak objek di kiri dan kanan anda? 

Saya sentiasa fokus semasa menunggang. Sasaran saya ialah ingin berada di depan. Memang saya tidak nampak apa-apa selain litar.

Tandas paling ekstrem di dunia

London: Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.

Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.

Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.

Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.

TANDAS paling ekstrem di Pergunungan Altai terletak di tebing setinggi 2,600 meter dari paras laut.

Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.

Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.

Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu. - Agensi

3 JENIS MAKANAN UNTUK PEMBESARAN ALAT KELAMIN LELAKI

Ribuan lelaki di seluruh dunia ingin mempunyai zakar (Mr P) yang lebih besar. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana kebanyakan wanita lebih suka lelaki dengan jantina yang lebih besar. Makanan apa saja yang boleh membesarkan zakar?

Pembesaran zakar boleh menjadi masalah yang serius, tetapi kebanyakan lelaki tidak tahu di mana memulakan ketika mereka ingin mendapatkan tambahan inci. Ada beberapa kaedah yang umum digunakan untuk meningkatkan saiz zakar dari operasi pembesaran zakar, pam pembesaran zakar, latihan pembesaran zakar, dan penggunaan pil herba. Beberapa kaedah ini bekerja dan yang lain tidak.

Sejujurnya, sebahagian besar lelaki akan memilih untuk ingin memperbesar kelaminnya dengan cara alami berbanding harus operasi atau kaedah bahaya yang lain. Sejumlah lelaki tidak menyedari, nutrisi yang sederhana yang tepat boleh memberi kesan kepada saiz zakar.

Ini tiga jenis makanan yang boleh membantu lelaki memperbesar kelaminnya berdasarkan '-

1. Pisang


Kajian menunjukkan lelaki yang berjaya meningkatkan kelaminnya biasanya mempunyai jantung yang sihat. Kalium yang ditemui dalam pisang dapat membantu kesihatan jantung dan juga membantu pengaliran darah dengan tepat. Dengan peredaran darah yang baik dan jantung sihat, boleh membuat pertumbuhan zakar tercapai. Makan pisang boleh juga membantu menjaga natrium di dalam tubuh dengan kadar yang rendah yang membantu mencegah penyakit jantung dan masalah jantung yang lain.

2. Salmon


Ikan ini kaya akan lemak esensial seperti omega 3. Lemak yang sihat ini membantu dalam penipisan darah (viskositas rendah), yang pada gilirannya membantu dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. Kajian telah menunjukkan, mempunyai aliran darah yang sihat adalah salah satu faktor utama dalam kekuatan, dan ereksi yang lebih keras.

3. Bawang


Banyak yang tidak tahu bahawa bawang merupakan makanan yang penting untuk peredaran darah yang sihat. Ini juga membantu mencegah penggumpalan darah. Ini juga memberikan keuntungan besar meningkatkan peredaran darah ke jantung dan ke zakar.

Selain mengambil tiga makanan utama, kita mengambil banyak buah, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, serta gandum boleh anda masukkan dalam diet anda. Pada saat yang sama, anda juga harus menghilangkan pengambilan junk food dalam diet anda.

Bekas guru percaya adiknya jadi hamba di London

Siti Aishah Abdul Wahab - Foto Ihsan The Telegraph oleh Dean Nelson

SHAH ALAM - Sebuah keluarga di Negeri Sembilan mengesahkan wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah anggota keluarga mereka yang hilang selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen, Kamar Mautum Abdul Wahab dari Jelebu berkata, beliau yakin adiknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Kehilangan Aishah katanya menyebabkan keluarganya berasa cukup sedih. Malah ujar Kamar, ibunya telah meninggalkan wasiat supaya Aishah  dijejaki.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya dipetik The Daily Telegraph.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwel untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London. -Sinar

Azlan pahat nama

Kuala Lumpur: Azlan Shah Kamaruzaman mencatat sejarah membanggakan apabila bergelar juara keseluruhan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, semalam.

Penunggang Musashi Boon Siew Honda Racing itu muncul pelumba kedua Malaysia memenangi gelaran SuperSports 600cc di pentas Asia selepas kali terakhir dimenangi Chia Tuck Cheong pada 2000 dan 2001.

Selain itu, Azlan turut menamatkan saingan musim 2013 dengan kejayaan manis apabila meraih kejayaan berganda dengan memenangi kedua-dua perlumbaan akhir.

Dua kemenangan pada pusingan terakhir meletakkan Azlan di tangga teratas dengan mengumpul 235 mata, sekali gus turut mengekalkan gelaran yang dimenangi rakan sepasukan musim lalu, Ryuichi Kiyonari.



“Saya masih tidak percaya mampu memenangi gelaran ini. Sukar untuk digambarkan perasaannya dan kemenangan ini amat istimewa buat saya dan seluruh pasukan,” jelas Azlan yang turut menangis kegembiraan ketika lagu Negaraku didendangkan dan Jalur Gemilang dikibarkan di pentas podium.

Bermula dari petak pertama, saingan Perlumbaan 1 menyaksikan Azlan mencatat kemenangan mudah apabila menamatkan 15 pusingan dengan masa keseluruhan 32 minit 20.579 saat, 7.964 saat di depan pencabar utama, Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) yang berada di tempat kedua dengan 32:28.543s sambil rakan senegara, Mohd Zamri Baba (PETRONAS Hong Leong Yamaha) ketiga 32:28.543s.

Meskipun sekadar memerlukan satu mata bagi mengesahkan gelaran juara keseluruhan, Azlan tidak memandang mudah saingan Perlumbaan 2 apabila dia sekali lagi bergelar juara selepas menamatkan saingan dengan masa 27:56.248s meninggalkan pelumba gantian Akeno Speed Racing, Broc Parkes di tempat kedua manakala Fujiwara sekadar di tempat ketiga, masing-masing dengan masa 27:56.428s dan 27:49.440s.

Kemenangan itu menyaksikan Azlan turut menamatkan musim 2013 dengan kejayaan menamatkan semua perlumbaan di podium.

“Perlumbaan 2 lebih sukar buat saya. Walaupun hanya perlu sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tempat ke-15, saya bersedia mengambil risiko untuk memastikan sekali lagi dapat berada di podium.”