DUGAAN HIDUP

DALAM dunia yang penuh dengan cabaran ni kita tak lari dengan macam-macam dugaan. Dugaan kehidupan, dugaan kewangan , dugaan percintaan , dugaan kesihatan , dugaan kekeluargaan , dugaan duniawi, dugaan macam-macam,,,kalau nak tulis sampai kiamat pun tak abis.


Aku pernah di duga bila anak ku Adam pernah di masukkan ke hospital gara-gara demam yang berulang-ulang... tiba-tiba terus di serang kuman dan terus menjangkiti di paru-parunya... peristiwa ini berlaku sebulan sebelum puasa tahun 2008... dan peristiwa ini sampai mati pun aku dan isteriku tak boleh lupakan...rasa kelu lidah nak berkata... nafas tersekat masuk ke rongga pernafasanku bila Doktor memberitahu yang Adam (ketika itu berumur 2 tahun) harus di masukkan ke wad ICU kerana masalah pernafasan...isteri ku dah menangis dan aku terpaku seketika tak tahu nak buat apa ketika itu.

Setelah ujian X-ray di buat Doktor Sofiah Ali mengesahkan bahawa Adam mengalami jangkitan kuman di paru-parunya.

Dia memberi cadangan untuk menebuk di bawah paru-parunya untuk mengeluarkan air atau lendir yang berada di kawasan paru-parunya...Ya ALLAH... aku tak dapat membayangkan betapa sakitnya penderitaan Adam ketika itu.

Selesai memasukkan tiub ,hampir separuh botol 1.5ml di penuhi lendir berwarna kehijauan dan demamnya dapat reda seketika.

Tapi demamnya terus berlarutan ,walaupun berbagai-bagai ubat memasuki tubuh badan nya...tapi demamnya tetap berlarutan...hingga beberapa kali Adam terpaksa di mandikan untuk mengurangkan panas badannya.

Hampir 2 minggu berlarutan...akhirnya Doktor terpaksa membuat satu pembedahan untuk membuang kuman yang telah bertapak di paru-parunya.


Aku dan Isteriku terpaku lagi buat kali ke 2...tidak dapat nak bayangkan anak kecil yang berusia 2 tahun ini terpaksa melakukan satu operation yang agak besar.

Aku tak mampu nak menghantar Adam ke Operation Theater...aku hanya mampu berdoa kepada yang maha esa agar semuanya berjalan lancar.... 2 jam yang panjang..... (Adam di dalam Operation Theater)

Alhamdullillah Ya ALLAH.... Semua dalam keadaan selamat.

Apa yang aku lakarkan di sini bukanlah hendak mengingat perkara-perkara pahit yang berlaku dalam kehidupan ku...aku dan isteri pernah berkata kita tak payah nak cerita pasal peristiwa ini sampai bila-bila...aku sekadar ingin berkongsi pengalaman di duga sedemikian rupa...aku hanya berpegang satu pepatah

"Jikalau kita rasakan kesusahan kita ini adalah yang menyakitkan,,kita jangan lupa bahawa ada lagi orang lain yang mengalami kesusahan/kerumitan yang lebih daripada kita"

Cuma di waktu cuti hujung minggu kadang-kadang aku terfikir ada tak agaknya bapa atau ibu yang kesusahan hatinya yang berada di hospital menemani anak yang sedang sakit... seperti mana yang pernah aku dan isteri alaminya dahulu.


Semoga sihat hendaknya, Amin.

0 comments:

Post a Comment