Raja Lawak , Drama Pentas dan Bakat


Aku minat betul dengan lakonan...agaknya dari masa sekolah dulu bakat berlakon dan bercakap dah mmg mengalir dalam diri aku...


Semasa sekolah menengah dulu,aku la ketua pasukan berbalas pantun sekolah.. dlm team aku, cuma aku sorang je lelaki... kalau tak silap 2 tahun berturut-turut aku masuk pertandingan berbalas pantun "Piala Sireh Pulang ke Ganggang" (dulu siap ada live kat RTM TV1 - utk final lah) pertandingan syarahan pun aku bedal...ada satu peristiwa aku tak boleh lupa,masa tu pertandingan membaca sajak majlis Persatuan Bulan sabit Merah kat sekolah aku... aku bole blank (blur) kat atas pentas... tp aku muka selamba... blah je lah kan... ha ha ha...

Click Enlarge

Aku nak cerita pengalaman aku masuk Astro Raja Lawak musim pertama (heboh orang kampung kata nampak muka aku keluar TV sampai peringkat separuh akhir kat Astro sebelum di pilih ke final 13 (utk masuk TV) masa tu Johan, Zizan dan Yus pun baru nak bertapak dlm industri lakonan ni... sama-sama berjuang untuk masuk rancangan realiti ni... masa tu Jurinya - Tuan AR Badul , Sabri Yunus , Dato Jamali Shadat dan Jalil hamid. Cuma masa tu aku ni kurang pengalaman di depan kamera, ilmu lakonan pun takde,aku gagal melepasi saringan tersebut dan gagal lah aku untuk masuk rancangan tersebut..

Seterusnya aku mencuba juga untuk Raja Lawak 2 sampai 3... tapi kerana kesibukan aku dengan kerja aku tak dapat meneruskan perjuangan untuk menjadi Pelawak pada Raja Lawak 4 dan 5

Bukan berputus asa,cuma keadaan kerja dan semasa tidak mengizinkan aku utk mencuba sekali lagi

Gambar sebelah semasa aku dalam bengkel Kelas lakonan FINAS.kita orang kena present teater Bangsawan - aku melakonkan watak Pencerita - Taukeh panggung (yg pakai tarbus Merah tu).Tenaga pengajar masa tu Puan Juhara Ayob

Gambar kat atas lak..masa aku jadi Pengarah Drama Pentas..ala untuk majlis Family Day Company aku...siap menang tempat Pertama tu..Drama Pentas - Puteri gunung klebang..skrip aku tulis,aku director dan aku lah yang jadi Nenek kebayan tu...yang rambut blonde tu...he he he..

Kekadang aku selalu berfikir yang aku ni ada bakat (atau syok sendiri kot)... aku berani nak bercakap atas pentas... kalau jadi Dejay rumah orang kahwin... tak terkira banyaknya... aku rasa mungkin bukan rezeki aku di arena ini... cuma kelebihan yang ada untuk kegunaan diri sendiri bagi menharungi kehidupan yang penuh pancaroba....

Korang percaya tak aku pernah cerita kat Adlin Aman Ramli pasal minat aku dalam lakonan... (masa tu dia ada buat pinjaman kat bank tempat aku bekerja) yelah mungkin dia tengok muka aku je takde commercial value... maka takdelah dia nak offer aku berlakon... aku tak kecik hati pun.