Bola sepak memang menjadi kegilaan semua orang... agaknya la kot... kerana sukan ini memang menjadi sukan no 1 dalam diri aku...
Kalau nak ikutkan semenjak kecil, aku memang peminat bola malaysia dari Liga
Semi Pro lagi... hinggakan permainan bola kotak lipat menjadi begitu popular ketika itu.. tak tau la kalau korang pernah main permainan ni...
Nanti aku cuba dapatkan gambar permainan ini...
Zaman aku kecik-kecik dulu manalah ada live show bola kat TV.. melainkan bola tempatan sahaja... tetapi ada rancangan highlight bola kat TV.. dan di situlah aku
meminati Manchester United.
Zaman popularnya Manchester popupar di hati aku semasa zaman Eric Cantona, dari dia dia Leeds United aku dah follow stail game dia, memang punya karisma yang terbaik bg aku...
Lagi bila dia join? Man U lagilah buat aku gembira...zaman terus berlalu...dari zaman Cantona ke Zaman Ryan Giggs, Rambut dia masa tu menjadi kegilaan remaja yang punya rambut kerinting... kemudian muncul David Beckham (magnificent 7) dengan tendangan free kick yang entah lah nak cakap macam mana lagi... memang terbaik dari ladang.
Aku paling benggang bila Si Alex Ferguson tu boleh jual Bechkam ke Real Madrid gara-gara gaduh punya pasal... tapi hati aku tak pernah berubah ke team lain... dan di masa itu muncul pula hero baru si Christiano Ronaldo - CR7 (kaki dia macam kaki bionic-laju giler)
Ronaldo ni memang terbaik bagi aku...kalau game Man U dia ni tak main aku rasa macam tak cukup corrum je game malam tu...kalau mamat ni ada
mesti ada gol dari dia la....
Tapi biasa la... bila kita ras akita ni da cukup power...mula lah rasa nak berhijrah ke Team lain... dan Real Madrid pun sibuk memancing Ronaldo dek kerana musim yang hambar sebelumnya...
Benggang la rasa di hati... rasa kosong je bila tengok game Man U tanpa kelibat si Ronaldo... tapi aku tetap layan Man U... hati aku tak pernah berubah....
Tak kira apa sahaja kesukaan kita ... sekurang-kurangnya kita dapat memenuhi masa kita dengan perkara-perkara yang sihat... cuma kita harus mengawalnya supaya sesuatu minat kita tidak menjejaskan hubungan kita dengan orang lain... terus terang aku katakan aku jarang menonton bola di luar, di kedai kopi atau pun restoran yang memasang screen besar... pasal apa.. bini aku tak bagi.. (Gurau je..ha ha ha.)
Adakalanya lebih manis kalau dapat menonton bola live di TV bersama keluarga sambil baring makan chikedis ... sekurang-kurangnya kita dapat luangkan masa berkualiti dengan keluarga... anak aku Ecah yang setahun setengah pun pandai tengok bola sekarang.
Aku cukup terharu bila Safee sali berjaya berhijrah ke Indonesia untuk bermain secara profesional... pandangan aku ini satu petanda yang baik dalam sukan bolasepak negara... belum pernah ada pasukan dari luar beriya-iya hendak mendapatkan pemain kita..sekurang-kurangnya dia dah berjaya membawa maruah pemain kita bermain di luar negara... biarpun hanya di liga indonesia.