Chevrolet Colorado kini di Malaysia

Naza Quest Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi kenderaan Chevrolet di Malaysia melancarkan model baru segmen pikap trak, Chevrolet Colorado.

Menerusi pelancaran itu, Naza Quest optimis menyasarkan jualan Colorado di Malaysia secara kumulatif akan melebihi jumlah jualan kenderaan Chevrolet tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Naza Quest Sdn Bhd, Datuk Maruan Mohd Said jumlah jualan Chevrolet 2011 mencatatkan jualan sebanyak 1272 bagi dua model Chevrolet Cruze dan Captiva.

“Menerusi pengenalan model ketiga Chevrolet Colorado ini, syarikat telah mengukuhkan lagi barisan kenderaan Chevrolet di Malaysia dan melepasi sasaran jualan tahun lalu kerana harganya yang kompetitif.

“Kumpulan pertama Colorado yang tiba sudahpun ditempah sepenuhnya dan penghantarannya bermula April ini,” katanya pada Majlis Pelancaran di Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment