Pelumba ‘Wild Card’ Negara Hafizh Syahrin Tempat Ke-4 Moto2 | Setelah kejayaan Zulfahmi Khairuddin, pelumba negara yang menunggang untuk AirAsia-SIC-Ajo mencipta kejayaan membanggakan dengan meraih tempat kedua kategori Moto3, pulumba ‘wild card’ negara juga hampir-hampir mencipta kejutan dalam kategori Moto2.
Hafizh Syahrin Abdullah |
Pelumba “wild card” Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan Petronas Raceline Malaysia melakukan penyudah menakjubkan untuk meraih tempat keempat dengan catatan masa 37:00.734s.
Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM Mobile Forward Racing memenangi gelaran Moto2 selepas mencatatkan masa terpantas 36 minit 57.793 saat dalam Grand Prix Motosikal Malaysia. Tempat kedua menjadi milik pelumba Australia, Anthony West dari pasukan QMMF Racing Team dengan masa 36:58.503s manakala pelumba Great Britain, Gino Rea dari pasukan Federal Oil Gresini Moto2 di tempat ketiga dengan catatan masa 36:59.156s. Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, perlumbaan kategori MotoGP terpaksa dihentikan kerana hujan lebat.
Moto2
1 Alex De Angelis RSM (FTR) 36m 57.793s
2 Anthony West AUS (Speed Up) 36m 58.503s
3 Gino Rea GBR (Suter) 36m 59.156s
4 Hafizh Syahrin MAL (FTR) 37m 0.734s
5 Julian Simon SPA (Suter) 37m 5.376s
6 Andrea Iannone ITA (Speed Up) 37m 7.855s
7 Mika Kallio FIN (Kalex) 37m 20.871s
8 Bradley Smith GBR (Tech 3) 37m 24.750s
9 Dominique Aegerter SWI (Suter) 37m 27.856s
10 Esteve Rabat SPA (Kalex) 37m 29.307s
11 Pol Espargaro SPA (Kalex) 37m 29.539s
12 Scott Redding GBR (Kalex) 37m 34.901s
13 Toni Elias SPA (Kalex) 37m 36.420s
14 Axel Pons SPA (Kalex) 37m 36.888s
15 Ricard Cardus SPA (AJR) 37m 38.479s
16 Yuki Takahashi JPN (FTR) 37m 38.550s
17 Tomoyoshi Koyama JPN (Suter) 37m 39.652s
18 Marcel Schrotter GER (Bimota) 37m 44.553s
19 Jesko Raffin SWI (Kalex) 38m 8.505s
20 Elena Rosell SPA (Speed Up) 38m 15.600s
21 Marco Colandrea SWI (FTR) 38m 17.113s
22 Ratthapark Wilairot THA (Suter) 38m 25.074s
23 Simone Corsi ITA (FTR) 38m 39.658s
0 comments:
Post a Comment