ZULFAHMI CATAT SEJARAH RAIH PODIUM MOTO3

Zulfahmi Catat Sejarah Raih Podium Moto3 | Zulfahmi Khairuddin berjaya mencatat sejarah apabila kejayaannya hari ini merangkul tempat kedua kategori Moto3. Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123 dalam perlumbaan 18 pusingan Grand Prix Motosikal Malaysia.



Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo dengan masa 40’54.151s, manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40’54.370s.

Semalam Zulfahmi mencatat masa terpantas pada kelayakan untuk menempah petak pertama dan dia berkeyakinan untuk mencipta kejayaan podium hari ini.  Keputusan cemerlang itu juga sebagai hadiah hari lahir buat Zulfahmi yang genap usia 21 tahun, semalam dengan catatan masa dua minit, 13.885 saat meninggalkan Jonas Folger dari pasukan Mapre Aspar Team 2’14.151s.


Apapun kejayaan anak kelahiran Banting, Selangor itu yang mencatat sejarah menjadi pelumba Malaysia pertama melakar keputusan cemerlang itu turut disambut dengan sorakan gembira daripada para penonton yang menyaksikan kelayakan tersebut. Tahniah untuk Zulfahmi Khairuddin.

0 comments:

Post a Comment