Bekas juara dunia Biaggi bersara

Empat kali 250cc juara dunia Max Biaggi telah mengumumkan persaraan beliau dari sukan 
perlumbaan motosikal.
Pelumba Itali yang berumur 41 tahun itu telah meraih Kejohanan Superbike Dunia untuk dua kali, baru megumumkan persaraan beliau di persidangan akhbar yang dianjurkan di litar Vallelunga di mana beliau telah memulakan kerjaya.

Katanya kepada Corriere dello Sport, Biaggi berkata: "Saya telah membuat keputusan untuk bersara bukan kerana masalah fizikal atau motosikal yang kurang kompetasi.

"Saya telah menolak kontrak bersama Aprilia untuk motosikal dan jumlah bayaran yang sama. Saya yakin bahawa saya terlalu banyak berkorban masa bersama keluarga dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mengarahkan perhatian kepada mereka."

"Saya bukan seorang ahli politik yang harus bekerja di atas kerusi sahaja. Ia hanya adil jika saya memberikan peluang kepada pelumba muda."

Biaggi turut meninggalkan petunjuk kecil di laman akaun Twitter sebelum persidanagan akhbar pada pagi itu.

Lebih dikenali sebagai ‘Maharaja Rumi', Biaggi telah membuat penampilan pertama beliau dalam Grand Prix pada sejak berumur 20 tahun pada tahun 1992 di mana beliau telah memenangi 29 perlumbaan dan empat kejohanan berturut-turut dalam kategori suku litar bersama Aprilia dan Honda.

Persaingan sengit antara Biaggi dan rakan senegara Valentino Rossi telah meningkatkan populariti kategori premier 500cc sejak tahun 1998 apabila kededua pemain Itali itu menguasai era MotoGP.

Selepas Dani Pedrosa mengambil tempat beliau pada tahun 2006, Biaggi menukar arah untuk menyertai Kejohanan Superbike Dunia sekaligus memenangi dalam penampilan pertama beliau di Qatar untuk pasukan Alstare Suzuki.

Biaggi kembali ke Aprilia untuk mendapat satu kemenangan pada tahun 2009 sebelum menang WSBK untuk kali pertama pada tahun 2010 dan merampaskan kejohanan dari Carlos Checa di Magny-Cours bulan lalu.

Tempat beliau masih perlu digantikan untuk berganding bersama rakan sepasukan Aorilia Eugene Laverty untuk musim 2013 yang akan berlangsung di Philip Island pada bulan Februari.

0 comments:

Post a Comment