SYDNEY boleh dikatakan unik dan kaya dengan budaya kehidupan bandar tepi pantai. Kesemuanya mempunyai personaliti tersendiri dari Cronulla di selatan ke Palm Beach di utara dan dari pinggir pelabuhan hingga ke pinggir pantai bandar.
Kunjungilah pantai-pantai Sydney pada musim panas ini dan temuilah kehidupan di tepi pantai yang berbeza setiap saat.
Pantai Bondi yang baru
Dikenali sebagai sebuah bandar pencetus ikutan, musim panas di Pantai Bondi akan sibuk dengan tempat-tempat minum, makan dan penginapan yang baru – satu-satunya resipi untuk Bondi berkembang dan mengekalkan diri sebagai pantai yang paling ikonik di Australia.
Nikmati makanan trak konvoi Amerika-Jepun di TruckStop di Beach Road Hotel atau makanan Jepun di Paper Planes, sebuah restoran baru bertema Tokyo pop bertemu Bondi Beach.
Panama House pula menyediakan makanan dan minuman cara Amerika Utara hingga selatan manakala The Anchor dan Bucklers Canteen merupakan restoran bertema lanun.
Bondi FM Bar merupakan kafe-bar-stesen radio pertama Australia di mana anda boleh menyaksikan siaran langsung penyampai radio sambil menikmati kopi espreso.
Setiap Sabtu, hasil pertanian dari pembekal restoran termasyhur di seluruh Sydney boleh didapati di Witness Bondi di Bondi Farmers Markets yang baru.
Membeli-belah juga merupakan sebahagian besar budaya Sydney. Fashionista wanita yang gemar dengan pakaian berjenama seperti Dion Lee, Bec and Bridge, Alexander Wang dan Acne akan jatuh cinta dengan Tuchuzy yang juga dikenali sebagai 'Bondi in a boutique' manakala lelaki-lelaki metropolitan boleh membuat lawatan ke Gould Street.
Sebaris butik berdekatan dengan Gould Street termasuk Jatali untuk frok dan pakaian renang seksi, Ksubi untuk pakaian bertema ‘street’, dan juga Afends, Carousel, Electric Monkey dan Religion. Untuk lelaki, Gould Street merumahkan The Academy Brand Bondi di mana lelaki boleh membeli pelbagai pakaian.
Musim panas juga merupakan waktu terbaik untuk menjenguk pasar elektik Bondi seperti kedai vintaj dan buatan tangan, Favourite Things di Beach Road Hotel atau Bondi Beach Market untuk pelbagai pilihan pakaian, aksesori dan barang kemas.
Berjalan-jalan di Avalon dan Palm Beach
Hanya 40 minit dari CBD, Avalon dan Palm Beach bagai dunia jauh dari keriuhan bandar.
Bookoccino Beach Cafe atau Bistro Boulevard yang terkenal dengan hidangan ikan yang segar.
Di Palm Beach, anda boleh menaiki feri dari Pittwater ke Kuring-gai Chase National Park di mana anda dimanjakan dengan pilihan teluk-teluk kecil dan pantai untuk berehat dengan aman.
Kedua-dua Avalon dan Palm Beach juga adalah tempat membeli-belah yang sempurna untuk menghiasi rumah anda dan menjamu dengan pelbagai aneka pakaian baru.
Untuk maklumat lanjut tentang penerbangan Malaysia Airlines ke Sydney, sila layari: www.malaysiaairlines.com/sydneyDSNW.
0 comments:
Post a Comment