Chong Wei mara ke separuh akhir

Datuk Lee Chong Wei menang mudah 21-15, 21-17 mengatasi pemain Hong Kong Hu Yun dalam perlawanan separuh akhir dalam saingan Korea Terbuka.

Datuk Lee Chong Wei berjaya menjaminkan tempat dalam perlawnana peringkat separuh akhir setelah menang mudah dengan pemain Hong Kong Hu Yun 21-15, 21-17 dalam perlawanan separuh akhir dalam saingan Korea Terbuka.

Pemain nombor satu dunia itu telah menang dalam kelima-lima pertemuan mereka. Kemenangan menentang Hu Yun sebelum itu tiba semasa peringkat separuh akhir dalam India Terbuka pada 2011.

Dengan ketiadaan juara Olimpik Lin Dan dan dua lagi pencabar terdekat Chen Jin dan Chen Long yang tersingkir awal dalam perrandingan, Chong Wei kini mempunyai peluang yang terbaik untuk mengekalkan kejohanan beliau.

Pemain Penang yang berusia 30 tahun itu akan bertemu lagi satu pemain Hong Kong, Wang Wing Ki yang telah menewaskan pemain Malaysia Chong Wei Feng 21-5, 17-21, 21-15.

Ia akan merupakan permulaan yang hebat bagi Chong Wei jika beliau berjaya mengekalakn kejohanan Korea Terbuka sebelum saingan Maybank Malaysia Terbuka yang akan bermula dari 15 Januari hingga 20 Januari selaku beliau mengharapkan untuk menang kejohanan untuk kali ke sembilan.

0 comments:

Post a Comment