Merawat tekanan dalam keranda

Seorang pesakit sedang menjalani rawatan dalam keranda.
JIKA diberi peluang, mahukah anda tidur dalam keranda gelap dan sunyi demi merawat tekanan?

Lebih 1,000 pesakit di Shenyang, wilayah Liaoning, China menawarkan diri melakukan perkara itu dan dianggap sebagai satu kaedah rawatan psikoterapi khas.

Perunding pusat psikoterapi, Tang Yulong memberitahu, rawatan simulasi kematian ini sesuai kepada penghidap masalah psikologi khasnya mereka yang mengalami tekanan.

"Pesakit perlu masuk dan tidur di dalam keranda yang disediakan dalam sebuah bilik kecil. Kemudian, mereka akan diselimutkan dan dikehendaki menulis ayat-ayat terakhir sebelum menjalani proses kelahiran semula.

"Lima minit selepas keranda ditutup, pesakit akan dikejutkan dengan suara tangisan bayi menandakan dia telah dilahirkan semula," kata Yulong dan menambah tidak semua pesakit dibenarkan melakukan rawatan seumpama ini. - MailOnline

0 comments:

Post a Comment