Raikkonen menang Grand Prix Australia


Pemandu Lotus, Kimi Rainkkonen memulakan musim baru Formula Satu dengan kemenangan di Grand Prix Australia.

Dengan membuat demikian, Raikkonen juga telah membuktikan beliau dan Lotus mempunyai kebolehan untuk menjadi juara dunia Formula Satu selepas kemenangan hebat di perlumbaan pembukaan itu.

Lotus telah berkata di ujian musim sejuk bahawa mereka telah memperbaiki kereta mereka dari musim lalu, dan mereka membuktikan demikian dengan Raikkonen meraikan kemenangan ke-20 dalam kerjaya Formula Satu beliau.

Juara dunia pada tahun 2007 itu disertai oleh Fernando Alonso dan Sebastian Vettel di atas podium. Kemenangan itu merupakan amaran kepada Red Bull bahawa mereka harus bekerja keras untuk mempertahankan kejuaraan dunia mereka.

Di penampilan pertamanya untuk pasukan Mercedes, Lewis Hamilton mendapat tempat ke-5 manakala pemandu Force India, Paul Di Resta mendapat tempat ke-8. Jenson Button dari McLaren hanya berjaya mendapat tempat ke-9.

Pemandu berasal dari Iceland, Raikkonen, telah menunujukkan prestasi yang hebat sejak beliau kembali memandu di F1. Beliau telah berjaya meragut mata di 19 perlumbaan terakhir beliau.

Hanya Michael Schumacher dan Vettel, dengan 24 dan 19 perlumbaan, yang mempunyai rekod seperti bekas pemandu Ferrari itu.

"Ia agak mudah," kata Raikkonen tentang strategi mereka untuk berhenti sebanyak dua kali, "dan saya memulakan perlumbaan itu dengan baik."

"Kami mempunyai rancangan yang baik dan ia berjalan dengan lancar. Ia adalah salah satu perlumbaan yang paling mudah untuk saya."

0 comments:

Post a Comment