Singapura: Lebih 200 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan orang ramai mengiringi jenazah pelakon komedi S Shamsuddin atau Samsudin Dali, 84, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman Choa Chu Kang, di sini, pada jam 11.30 pagi semalam.
Terdahulu jenazah dibawa dari rumahnya di West Avenue 6, Bukit Batok untuk disembahyangkan di Masjid Al-Mukmin, Jurong East pada jam 10.45 pagi, dengan keadaan cuaca baik yang melancarkan urusan pengebumian.
Pelawak Suhaimi Yusof, 44, menganggap arwah seorang pelakon komedi yang ulung dan amat matang kerana gelagat, aksi serta dialog dalam filem lakonannya tetap menjadi ikutan golongan muda termasuk kanak-kanak generasi baru.
Katanya, ramai kanak-kanak dan pemuda boleh menghafal dialog dilakonkan arwah dan kerap digunakan sebagai bahan jenaka untuk berhibur dalam masyarakat walaupun filem lakonannya berusia lebih tua daripada usia mereka.
KELUARGA dan kenalan berdoa ketika upacara pengebumian Allahyarham S Shamsuddin di Pusara Aman, Singapura, semalam. |
0 comments:
Post a Comment