Suzuki kembali gegar litar MotoGP

de Puniet menunggang jentera baru Suzuki pada sesi ujian di litar Catalunya, baru-baru ini.

SUZUKI kembali menggegarkan litar MotoGP menjelang musim perlumbaan 2015 setelah berundur dari acara itu pada 2011. Walaupun sekadar pentas ujian, namun jentera Suzuki dilihat punya potensi besar.

Menurut pelumba, Randy de Puniet, ujian yang dilakukan ketika perlumbaan di Litar Catalunya, Barcelona, menunjukkan keputusan positif, namun terdapat ruang yang harus di baiki.

“Keseluruhannya saya berpuas hati, tetapi beberapa kerja ubah suai perlu dilakukan. Ujian ini amat penting untuk kami melaksanakan apa yang telah dirancang.

“Jentera dalam keadaan baik dan setakat ini tiada masalah besar dihadapi. Paling bagus, jentera tidak rosak ketika di atas litar dan itu beri petanda positif,” katanya.

Menurut de Puniet, catatan masa yang dilakukan memuaskan, namun dia perlu segera mengadaptasi cara tunggangan dengan segera.

0 comments:

Post a Comment