Anggota polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai ditembak di kawasan tempat letak kereta di Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kecil, Hussain Ahmad Najadi. |
Kena dua das di dada, rusuk kiri, isteri cedera tangan kiri dan paha kanan
Diserang selepas selesai bincang pembelian saham di tokong
Kuala Lumpur: Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, seorang warga Iran mati, manakala isterinya cedera ditembak di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di sini semalam.
Sebelum kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 75 tahun dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, mengunjungi tokong berkenaan, dipercayai untuk berbincang dengan seorang rakan niaga bergelar Datuk mengenai pembelian saham.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata sebaik selesai perbincangan kira-kira 20 minit itu, pasangan berkenaan keluar meninggalkan tokong berkenaan.
Penjenayah tunggu luar tokong Ketika berjalan ke keretanya, mangsa ditembak seorang lelaki yang dipercayai bersedia menunggunya di luar tokong.
“Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan,” katanya semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai didalangi tiga lelaki berusia 30-an hingga 40-an yang menunggu di luar rumah ibadat itu sebelum menembak pasangan terbabit sejurus mereka keluar.
“Suspek dipercayai melarikan diri menaiki teksi. Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya.
Gambar uncensored Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi mati ditembak |
Urusan perniagaan
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala isterinya dirawat di Hospital Tung Shin.
Difahamkan, siasatan awal polis mendapati kejadian ada kaitan dengan urusan perniagaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 307 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Pengerusi AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Hussain. Beliau terkejut dengan kejadian kerana pernah bekerjasama bagi mengambil alih syarikat perbankan berkenaan pada 1982.
-BH
0 comments:
Post a Comment