NAJIB (kanan) menerima kereta Proton Perdana edisi khas sebagai kenderaan rasminya di lobi Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Muhyiddin (kiri). |
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.
Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.
0 comments:
Post a Comment