Radar tentera kesan MH370 berpatah balik

SEPANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyatakan ada kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Menurut Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, ia ekoran rekod rakaman radar tentera yang telah disiasat."...apa yang kami buat adalah melihat rakaman radar yang kami ada. Kami sedar bahawa ada kemungkinan pesawat itu berpatah balik."Patah balik itu maksudnya melencong dari laluan penerbangan dan kembali ke lokasi asal. Itu kemungkinannya," katanya pada sidang media di Hotel Sama Sama, hari ini.Dalam usaha untuk mengesan keberadaan pesawat itu, pihak TUDM...

Maritim nafi temui tompokan minyak

SHAH ALAM - Agensi  Penguatkuasaan Maritim Malaysia menafikan  penyebaran berita mengenai penemuan tumpahan minyak yang dikaitkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.Menurut Pengarah Cawangan Operasinya, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin, asetnya tidak melaporkan berita itu.Beliau meminta agar semua pihak tidak mempercayai berita yang tidak sahih."Cerita tentang tumpahan minyak itu...aset-aset kita tak laporkan berita itu. Tak usah dengar."PDRM, ATM dan sebagainya bakal menjadi mata serta telinga kita dalam operasi mencari ini," katanya yang dipetik dari program Malaysia Hari Ini Khas, hari ini.Mengulas...

Nahas MH370: Dua tumpahan minyak dikesan

KUALA LUMPUR - Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi tadi.Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.Pesawat...

Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat...

Pages 371234 »