MASALAH PENGELUARAN PELUH BERLEBIHAN

Ingin Kepastian MASALAH pengeluaran peluh yang berlebihan dikenali sebagai hyperhidrosis. Masalah ini melanda 2.8 peratus dari populasi dan membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan secara sama rata. Ia kerap melanda pada peringkat umur 25 tahun hingga 64 tahun. Hyperhidrosis ini boleh membabitkan keseluruhan badan dan dalam setengah orang, hanya membabitkan kawasan tertentu pada badan. Kawasan ini adalah tempat yang mempunyai konsentrasi kelenjar peluh yang tinggi seperti tangan, kaki, celah ketiak dan kawasan kelankang. Hyperhidrosis boleh diklasifikasikan sebagai primer di mana ia sering bermula ketika seseorang remaja atau...

Sejarah Pulau Pangkor

KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak. Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas. Ada sebab-sebab strategik...

Pulau Dayang Bunting

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular. Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini. Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting. Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit...

TABUNGAN KE SYURGA

Oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid Kala saya menjejaki Masjid Baitullah, Ma’ahad ar-Rahman Lil Quran, Bogor, baru-baru ini, hati ini tersentuh dengan sebuah kalimah di tangga masjid berkenaan. Ada sebuah peti derma dengan tertera tulisan yang ringkas, ‘Tabungan Syurga’, tersedia di situ. Indah bahasa itu, biar ringkas namun punya makna sangat mendalam dan tuntas. Berilah sesuatu, kerana ia menjadi andalan kita syurga yang yang nikmatnya tidak terbatas. Lantas, apa yang terlintas di benak paling dalam, bahawa kita sering kali memikirkan tentang kelestarian hidup di dunia. Kita tega menyisihkan sedikit daripada pendapatan dan menabung demi masa...

Hikmah-Hikmah Berzakat

1) Kesucian Rohani Orang-orang yang mengeluarkan zakat, jiwa mereka akan terdidik dengan baik, sifat rahim dan penyayang akan terpupuk di sanubari mereka. Keyakinan dan kepercayaan mereka kepada Allah semakin teguh. Sifat tolong menolong semakin berakar umbi di dalam diri semakin bertambah suci dan sifat taqwa kepada Allah semakin meluap di sanubari mereka.  Orang yang sedemikian, tidak gemar mengumpulkan harta sebaliknya mereka akan mengeluarkan. Ini adalah disebabkab mereka tahu harta yang terkumpul itu adalah hak fakir, miskin dan kaum yang lemah untuk mencukupkan nafkah setiap hari.   2) Merapatkan...

KHASIAT MINUM SUSU

Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda. Ini sudah pasti perlu untuk mengelakkan kemerosotan jirim tulang, satu proses yang tidak boleh diterbalikkan. Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya. Tetapi bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium daripada susu yang anda minum adalah memadai? Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200 milligram kalsium setiap hari. Beberapa jenama susu boleh...

Lindungi tulang belakang anda

Tulang belakang merupakan salah satu bahagian penting kepada manusia. Tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Ia merupakan susunan ketulan tulang yang merupakan susunan ketulan tulang yang membentuk tulang belakang yang terdapat pada semua vertebra. Vertebra adalah bahagian yang menyokong badan dan melindungi saraf tunjang. Terdapat cakera di vertebra yang bertindak sebagai penyerap hentakan di antara vertebra. Biasanya terdapat tiga puluh tiga (33) ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, termasuk lima yang...

PAINTBALL D' HATIKU

Hari ini aku terpanggil untuk menulis tentang kejayaan rakan-rakan aku di dalam dunia paintball..di mana mereka telah berjaya menjadi Juara dlm satu Pertandingan anjuran MARDI pada 26 Feb & 27 Feb 2011...cuma kali ini aku tak dapat bersama-sama dengan mereka kerana anak ku berada di hospital.. Sudah hampir 4 tahun aku berkecimpung di dalam sukan ini..dan aku rasakan dari pengalaman yang lepas-lepas telah banyak mengajar aku dan rakan-rakan tentang cara permainan ini.. Permainan ini betul-betul mengajar aku ttg erti cabaran dan cara-cara menghadapi tekanan... Memang sakit bila kita kena tembakan,kadang-kadang bole meninggalkan...

MANCHESTER UNITED DAN SAFEE SALI

Bola sepak memang menjadi kegilaan semua orang... agaknya la kot... kerana sukan ini memang menjadi sukan no 1 dalam diri aku... Kalau nak ikutkan semenjak kecil, aku memang peminat bola malaysia dari Liga Semi Pro lagi... hinggakan permainan bola kotak lipat menjadi begitu popular ketika itu.. tak tau la kalau korang pernah main permainan ni... Nanti aku cuba dapatkan gambar permainan ini... Zaman aku kecik-kecik dulu manalah ada live show bola kat TV.. melainkan bola tempatan sahaja... tetapi ada rancangan highlight bola kat TV.. dan di situlah aku meminati Manchester United. Zaman popularnya...

Pages 371234 »