Maklumat kesuburan untuk pasangan tiada anak


KUALA LUMPUR - Kempen 'The Hope for a Child' telah menubuhkan sumber sehenti untuk memberi maklumat kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.
 
Ia dilancarkan Malaysian Society for Assisted Reproductive Technology (MSART) dengan sokongan Merck Serono, sebuah bahagian biofarmaseutikal Merck.
 
Pengurus Unit Perniagaan Merck Serono, Lem Kong Soon berkata kempen itu menggalakkan pasangan merujuk kepada doktor dan mendapat nasihat perubatan yang betul untuk mendapatkan anak.
 
Melalui laman rasminya www.fertilityasia.com.my, pesakit boleh mengetahui tentang ketidaksuburan, pilihan rawatan, sokongan dan pusat rawatan, katanya.
 
Presiden MSART Dr Surinder Singh pula berkata kini dianggar 9.6 peratus pasangan di seluruh dunia menghadapi masalah ketidaksuburan.
 
Kempen akan berlangsung sehingga penghujung tahun ini.  - Bernama

0 comments:

Post a Comment