Radar tentera kesan MH370 berpatah balik

SEPANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyatakan ada kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Menurut Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, ia ekoran rekod rakaman radar tentera yang telah disiasat."...apa yang kami buat adalah melihat rakaman radar yang kami ada. Kami sedar bahawa ada kemungkinan pesawat itu berpatah balik."Patah balik itu maksudnya melencong dari laluan penerbangan dan kembali ke lokasi asal. Itu kemungkinannya," katanya pada sidang media di Hotel Sama Sama, hari ini.Dalam usaha untuk mengesan keberadaan pesawat itu, pihak TUDM...

Maritim nafi temui tompokan minyak

SHAH ALAM - Agensi  Penguatkuasaan Maritim Malaysia menafikan  penyebaran berita mengenai penemuan tumpahan minyak yang dikaitkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.Menurut Pengarah Cawangan Operasinya, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin, asetnya tidak melaporkan berita itu.Beliau meminta agar semua pihak tidak mempercayai berita yang tidak sahih."Cerita tentang tumpahan minyak itu...aset-aset kita tak laporkan berita itu. Tak usah dengar."PDRM, ATM dan sebagainya bakal menjadi mata serta telinga kita dalam operasi mencari ini," katanya yang dipetik dari program Malaysia Hari Ini Khas, hari ini.Mengulas...

Nahas MH370: Dua tumpahan minyak dikesan

KUALA LUMPUR - Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi tadi.Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.Pesawat...

Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat...

Syarikat pembangun Candy Crush mahu apungkan saham

LONDON: Pembangun permainan video popular Candy Crush, King Digital Entertainment hari ini mengumumkan hasrat untuk menawarkan terbitan saham awam (IPO), sekali gus menyenaraikan syarikat itu di Bursa Saham New York.Lebih sejuta pengguna terdiri daripada remaja mahupun pesara menggunakan aplikasi permainan video itu yang memerlukan pemain menyusun tiga gula-gula berbentuk sama pada paparan skrin komputer dan telefon pintar masing-masing.Syarikat berkenaan sudah menyerahkan cadangan penyenaraian IPO itu kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC).Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat itu berhasrat menyenaraikan...

Facebook beli WhatsApp RM52 bilion

MENLO PARK - CALIFORNIA. Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion).Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.Perjanjian dibuat termasuk menyediakan tambahan ($3 bilion) di unit saham terhad sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan diberikan tempoh lebih empat tahun untuk penutupan, kata Facebook dalam satu kenyataan medianya.WhatsApp telah menguasai perkhidmatan pesanan mobil dengan lebih 450 juta penggunaan setiap bulan.Pengambilalihan ini berkongsi misi untuk membawa lebih sambungan dan utiliti kepada dunia dengan menyampaikan...

Direjam gara-gara Facebook

Sekadar gambar hiasan DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut."Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti...

'Khianat' bukan penyebab Schumacher jatuh

Schumacher PENDAKWARAYA Perancis yang menyiasat kemalangan membabitkan Michael Schumacher mengesahkan, tiada bukti  melibatkan salah laku dalam insiden itu dan siasatan kes telah ditutup.Patrick Quincy berkata, keterangan dan maklumat yang diberikan pihak resort Meribel di mana kemalangan itu berlaku adalah mematuhi undang-undang Perancis, lapor BBC.Pemain lagenda Formula 1 Jerman yang berusia 45 tahun itu telah dirawat di unit rawatan rapi selepas  kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis.Penyiasat mendapati, batu yang menyebabkan beliau jatuh...

Jet Li 'kung fu master'

Jet Li SIAPA tidak kenal dengan master Wong Fei-hung? Seorang tabib China yang juga jaguh kung fu.Kisah Wong Fei-hung diangkat ke layar perak melalui fi lem epik Once Upon a Time in China lakonan hero kung fu China, Jet Li.Kehebatan pelakon itu juga mendapat perhatian penggiat fi lem Hollywood apabila disambar untuk memegang watak jahat menerusi fi lem Lethal Weapon 4 pada 1998.Bakat bekas atlet wushu ini juga diketengahkan melalui watak Han Sing dalam Romeo Must Die (2000), Kiss of the Dragon dan Unleashed.Lakon layar beliau semakin hebat ketika membintangi fi lem The Forbiden Kingdom (2008) dengan Jackie Chan manakala gandingan mantap bersama...

Michael Schumacher mungkin takkan sedar dari koma

 Michael Schumacher KEADAAN juara Formula Satu dunia tujuh kali,  Michael Schumacher dilaporkan berbahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan vegetatif berterusan walaupun keluarganya masih mengharapkan wira nombor satu itu sembuh seperti sedia kala. Lagenda F1 Jerman berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu. Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor bimbang sekiranya kerosakan otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik. Laporan...

Didie Alias hamil di usia 40 tahun

Didie Alias TAHNIAH, diucapkan kepada pelawak serta pelakon popular Didie Alias,40, atas berita kehamilannya.Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali dilaporkan hamil tiga bulan hasil perkongsian hidup dengan suami keduanya, Norisham Ismail.Memetik laporan akhbar tempatan, Didie berkata, dia dan suami berasa begitu gembira apabila mengetahui dirinya hamil."Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya."Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham," kata Didie yang sudah lima tahun berkahwin...

Kecoh gambar bangkai sotong gergasi

GAMBAR yang disiarkan di laman web The Lightly Braised Turnip pada Jumaat lalu menunjukkan bangkai seekor sotong gergasi di pantai Santa Monica, California. SANTA MONICA, California – Sekeping gambar dan berita tentang penemuan bangkai seekor sotong gergasi sepanjang 48.76 meter di tepi pantai Santa Monica, California yang disiarkan di laman web The Lightly Braised Turnip telah didapati palsu, lapor akhbar The Epoch Times semalam. Artikel di The Lightly Braised Turnip pada Jumaat lalu menyatakan, sotong tersebut menjadi besar disebabkan oleh kebocoran radioaktif ke laut di daerah Futaba, Fukushima, Jepun. Kebocoran itu berlaku disebabkan...

Matinya tukang sembelih Palestin

ARIEL SHARON yang meninggal dunia pada Sabtu disifatkan sebagai antara pemimpin politik dan tentera Israel yang cukup kontroversi. Sikapnya yang keras menjadikan orang memanggilnya sebagai "TheBulldozer". Semasa jadi tentera, dia terlibat dalam semua peperangan besar Israel. Dia kemudian terjun ke dunia politik pada 1973. Kerjayanya sebagai ahli politik penuh dengan gelora sehinggalah kemuncaknya apabila dia mengalami serangan angin ahmar pada Januari 2006 yang menyebabkan dia koma dan tidak sedarkan diri sehinggalah kematiannya hari ini. Dia yang terpilih jadi Perdana Menteri Israel pada 2001 dikecam teruk dan dihina kerana bertanggungjawab...

Kehm beri amaran, Schumacher masih 'kritikal'

Michael Schumacher PENGURUS Michael Schumacher memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih mengenai kesihatan bekas pelumba Jerman itu. Menurut Sabine Kehm, keadaan legenda Formula Satu (F1) itu kini stabil tetapi masih tidak banyak berubah sejak dia menjalani pembedahan kedua, kelmarin. Kehm juga menjelaskan bahawa meskipun juara dunia tujuh kali itu menunjukkan kemajuan yang sangat kecil, namun beliau masih diklasifikasikan sebagai dalam keadaan kritikal. Sehubungan itu, Kehm berkata sekiranya kenyataan mengenai kesihatan Schumacher bukan daripada beliau atau doktor, laporan itu dianggap...

Zulfahmi belum ada sasaran

PELUMBA kelas Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi  Khairuddin belum mahu menetapkan sebarang sasaran untuk musim 2014 bersama  pasukan baharu Ongetta Air Asia. Beliau tidak lagi memacu jentera KTM sebaliknya akan menunggang jentera  Honda. “Sejujurnya saya belum menetapkan sebarang sasaran untuk musim 2014. Saya belum menguji sepenuhnya jentera yang akan digunakan itu. Pada November lepas, saya ada melakukan ujian jentera di Litar Almeria (Sepanyol) tetapi tidak banyak yang dapat dilakukan kerana keadaan cuaca yang kurang elok,” katanya  ketika ditemui pada majlis pelancaran motosikal KTM 1290 Super Duke di Litar  Sepang,...

KJ kongsi cerita hantar anak ke sekolah

Jibreil Ali berada di dalam kelas pada hari pertama persekolahan sesi 2014 yang bermula hari ini. - Foto Ihsan Facebook rasmi Khairy Jamaluddin SHAH ALAM - Pengalaman menghantar anak ke sekolah pada hari pertama tentunya menjadi momen indah yang akan dikenang oleh ibu dan ayah. Sudah pasti pelbagai rasa menyelebungi benak sanubari, ada suka, gementar dan mungkin juga sebak melihat anak kecil yang sudah menginjak dewasa. Perkara sama tidak terkecuali kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menghantar anak sulungnya ke sekolah pagi tadi. Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ berkongsi pengalamannya sebagai...

Pages 371234 »