Zulfahmi tersenarai dalam Malaysia Book of Records

Pengarah Urusan Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi (kiri)  menyampaikan sijil MBR kepada CEO Litar Antarabangsa Sepang  (SIC), Datuk Razlan Razali (tengah) dan Zulfahmi PELUMBA tunggal Moto 3 Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mencatat nama dalam Malaysia Book of Records berikutan kejayaan sulungnya memenangi tempat kedua Kejohanan Dunia MotoGP, Sepang tahun lalu. Mencatat sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia dan Asia yang memulakan perlumbaan di petak pertama dalam kategori Moto 3, Zulfahmi merupakan pelumba Malaysia pertama yang menaiki pentas podium dalam mana-mana perlumbaan kelas Grand Prix. Wakil Menteri...

Merawat tekanan dalam keranda

Seorang pesakit sedang menjalani rawatan dalam keranda. JIKA diberi peluang, mahukah anda tidur dalam keranda gelap dan sunyi demi merawat tekanan? Lebih 1,000 pesakit di Shenyang, wilayah Liaoning, China menawarkan diri melakukan perkara itu dan dianggap sebagai satu kaedah rawatan psikoterapi khas. Perunding pusat psikoterapi, Tang Yulong memberitahu, rawatan simulasi kematian ini sesuai kepada penghidap masalah psikologi khasnya mereka yang mengalami tekanan. "Pesakit perlu masuk dan tidur di dalam keranda yang disediakan dalam sebuah bilik kecil. Kemudian, mereka akan diselimutkan dan dikehendaki menulis ayat-ayat terakhir sebelum menjalani...

Pemandangan biasa di China

Lelaki ini terpaksa menolak basikalnya untuk menghantar ratusan botol ke kilang  kitar semula di Shanghai. Demi menampung kehidupan seharian, pemandu China sanggup mengetepikan undang-undang jalan raya atau pun keselamatan diri. Di sekitar bandar di negara itu, pemandangan kenderaan seperti pikap, lori mahu pun basikal mengangkut barangan melebihi muatan adalah perkara biasa. Pihak berkuasa negara itu berkata, kebanyakan penduduk di negara tersebut sanggup menggadai nyawa membawa muatan penuh di kenderaan masing-masing sebagai menjimatkan kos dan masa. Sebuah lori pikap sarat membawa gegelung plastik di Guiyang. Sebuah keluarga...

Kopi panjangkan umur setahun

Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya  memanjangkan setahun umur manusia. Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia. Kajian dilakukan ke atas 500,000  warga emas mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi dalam sehari. Saintis Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Neal Freedman berkata, dari penyelidikan dilakukan mereka yang mengambil dua atau tiga cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 10 hingga 15 peratus. “Tetapi sekiranya individu mengambil lebih daripada...

Kekejaman Pol Pot punca kemunduran rakyat Kemboja

SIAPA Pol Pot? Beliau dilahirkan di Wilayah Kompong Thrum pada 19 Mei 1925 dengan nama Salothi Sar. Beliau daripada keluarga yang berada dan menjadi Perdana Menteri Kemboja pada 1976 hingga 1978. Ketika berkuasa, negara itu dikenali sebagai Kempuchea. Pol Pot juga sangat rapat dengan keluarga diraja sejak kakaknya menjadi gundik raja. Beliau lulusan kolej dan sekolah teknikal sebelum melanjutkan pelajaran ke Perancis dan menjadi sukarelawan briged buruh antarabangsa untuk membina jalan di Yugoslavia pada 1950. Ketika di seberang laut, Pol Pot terbabit Komunis Perancis – pergerakan antipenjajah yang menyokong perang Vietnam menentang...

Selangor tewaskan Kelantan

Pasukan The Red Giants mengekalkan prestasi baik selepas berjaya mengutip tiga mata dengan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan di Stadium Shah Alam. SHAH ALAM, Jaringan oleh penyerang import, Francis Forkey Doe pada minit ke-12 meletakkan Selangor dalam situasi yang baik untuk terus mengekalkan rentak dalam perlawanan. Pertahanan, Ramez Dayoub kemudian menyumbat gol kedua pada minit ke-26. Perlawanan ini dinantikan ramai penyokong Liga Super selepas Liga Malaysia berehat selama tiga minggu. Kemenangan ini satu permulaan yang baik untuk skuad bimbingan Irfan Bakti yang begitu optimis Selangor akan mengutip tiga mata sebelum perlawanan bermula. Masalah...

PETAKA DARI LANGIT

Hujan tahi bintang yang melanda Russia semalam menyebabkan lebih 500 orang cedera, merosakkan bangunan dan memusnahkan rangkaian komunikasi mudah alih. Batu yang terbakar dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer apabila ia terhempas kira-kira jam 9.20 pagi waktu tempatan. Seorang saksi mengumpamakannya seperti satu babak dalam filem Armageddon. Tahi bintang itu dipercayai terhempas dalam sebuah tasik berhampiran Chebarkul, sebuah bandar di wilayah Chelyabinsk. Bandar Chelyabinsk, 1,440 kilometer ke timur Moscow dan berhampiran sempadan Kazakhstan adalah yang paling teruk terjejas. Lebih 500 orang mendapatkan rawatan perubatan selepas...

Honda EX5 kena gantung akibat cubaan curi wang masjid

MARANG – Berang dengan tindakan dua lelaki cuba mencuri wang tabung masjid, penduduk Kampung Surau Haji Mat Zain menggantung motosikal ditinggalkan suspek pada sebatang tiang telefon di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, seorang penduduk ternampak dua lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di dalam perkarangan masjid kampung itu. Pengerusi masjid berkenaan, Zaidi Ibrahim, 50, berkata, kehadiran dua lelaki itu kemudiannya dimaklumkan kepada beberapa penduduk berdekatan sebelum mereka bergegas ke masjid untuk membuat pemeriksaan. “Kehadiran penduduk mengejutkan dua suspek terbabit yang kemudiannya melarikan...

Zulfahmi selesai jalani latihan bersama pasukan baru di Sepanyol

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin selesai menjalani latihan selama tiga hari bersama pasukan baharunya, Red Bull KTM Ajo, di Litar Almeria, Sepanyol pada Jumaat. "These have been three very good days for us. We began work with the new bike and learnt a few things. We have also seen what works best. In any case, we still have a lot of things to try and I also have to work on improving my riding. "I think it is positive that we came here to do a test and that we have been able to put in some laps. I can't wait for Valencia next week," said the 21-year-old rider as quoted in the team's press release. Pasukan...

Saingan MotoGP bermula

Lorenzo turut sama menguji jentera musim ini di SIC bermula  Selasa ini. SAINGAN MotoGP 2013 secara rasminya bermula Ahad ini dengan sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 5 hingga 7 Februari ini sebelum perlumbaan sebenar bermula di Qatar pada 5 April nanti. “Saingan musim ini bakal menyaksikan perubahan besar dalam kalangan pasukan bertanding dan barisan pelumba,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali. Katanya, ujian pra-musim bakal menyaksikan barisan pelumba pasukan CRT yang sudah pun memulakan latihan sejak dua hari lalu. “Mereka yang beralih kepada Magneti Marelli ECU musim ini diberi...

Pages 371234 »