Chong Wei juara Terbuka India, gelaran ketiga tahun ini

Aksi Lee Chong Wei Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei diuji dalam perlawanan akhir yang mendebarkan sebelum merangkul kejuaraan ketiga tahun ini - Siri Super Terbuka India dengan menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago di New Delhi, hari ini. Selepas menang selesa dalam set pembukaan, Chong Wei tumpas di set kedua dan dipaksa mengharungi aksi mencemaskan di set ketiga. Dia memenangi pertarungan sengit 21-15, 18-21 dan 21-17 dalam masa 63 minit. Ini adalah kemenangan ketiga  Chong Wei sejak awal tahun ini. Sebelum ini dia menjuarai Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia. Dia juga merupakan juara Terbuka India 2011, tetapi gagal...

Kejuaraan Motosikal Sepanyol: Hafizh kedua terpantas

Hafizh menyasarkan sekurang-kurangnya tangga ketiga keseluruhan musim ini. PELUMBA Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah memberi petanda positif mampu mengharungi saingan musim kedua apabila berjaya mencatat masa kedua terpantas ketika sesi latihan bebas kategori Moto2 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol di Litar Catalunya, Sepanyol semalam. Walaupun terpaksa beraksi di liar yang agak lembab dan berangin, Hafizh yang beralih ke jentera Kalex musim ini tetap berjaya mencatat masa terpantas 1:48.8s, menyamai catatan yang dilakukan pada sesi latihan bebas di litar sama, musim la...

Durian kita lebih sedap

Penduduk China me­ngakui durian dari Malaysia paling sedap untuk dimakan. Jadi bukan sesuatu menghairankan apabila permintaan produk durian sejuk beku sangat tinggi di negara itu, sekali gus memberi peluang besar bagi pengusaha untuk meluaskan pasaran. Atas sebab itu kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) meneroka pasaran lebih luas bagi durian sejuk beku di negara berkenaan. Bagaimanapun, Ketua Pe­ngarah Pertanian, Datuk Mustafa Kamal Baharuddin berkata, proses mendapat kelulusan laluan pasaran bagi durian sejuk beku dari China bukan mudah kerana membabitkan pelbagai proses kelulusan yang rumit seperti analisis...

Zulfahmi di tempat ketujuh

Zulfahmi Khairuddin terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketujuh daripada 23 pelumba dalam Moto3 Grand Prix Amerika di Litar Americas, Austin, Amerika Syarikat. Penunggang jentera KTM daripada pasukan Red Bull KTM Ajo itu mencatat masa 11 minit 36.682 saat untuk meraih sembilan mata sekali gus mengumpul 19 mata di tangga keenam keseluruhan selepas dua sirkit termasuk di Losail, Qatar. Tiga tempat teratas Grand Prix Amerika di litar sepanjang 5,513 meter itu, dikuasai pelumba Sepanyol iaitu Alex Rins, Maverick Vinales dan Luis Salom. Menurut laman web rasmi MotoGP, www.motogp.com perlumbaan itu dimulakan semula sebanyak lima pusingan...

Vettel teruskan rentak kemenangan

Grand Prix Bahrain melihat ulangan perlumbaan tahun 2012 apabila Sebastian Vettel, Kimi Raikkonen dan Romain Grosjean mencapai podium pada hari Ahad. Vettel menikmati perlumbaan selesa selepas bergelar juara buat kali ke-28 di Bahrain. Kemenangan kali kedua berturut-turut itu bermakna Vettel kini 10 mata di atas pemandu Lotus, Kimi Raikkonen. Raikkonen sekali lagi hanya mendapat temat kedua seperti yang berlaku di China tetapi kali ini ditemani rakan sepasukan, Romain Grosjean di podium. Ramai menjangkakan Fernando Alonso akan menang di Bahrain selepas menang di China tetapi kelihatannya perlumbaan kali ini tidak mud...

Kanser usus

Menyerang sesiapa saja, penyakit barah kedua lazim penyebab kematian Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus atau kolon, di seluruh dunia pada 2008. Di negara Malaysia, Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus juga kadangkala dipanggil kolorektal adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun. Dalam kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks, manakala lelaki inilah kanser paling kerap berlaku. Kanser usus istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter...

Alonso menang di Shanghai

Alonso mendapat kemenangan buat kali pertama selepas 13 perlumbaan dan juga menghidupkan semula cabaran kejuaraan dunia Formula One. Selepas terpaksa menarik diri di Malaysia tiga minggu lepas, bintang Ferrari itu berlumba dengan hebat untuk memenangi Grand Prix China di Litar Antarabangsa China. Fernando Alonso mencatatkan kemenangan pertamanya dalam Formula One 2013 dengan perlumbaan yang sempurna di GP China. Ini adalah kemenangan ke-31 untuk Alonso dalam kariernya. Alonso menamatkan perlumbaan 10 saat ke atas Kimi Raikkonen yang bersama Lotus sementara Lewis Hamilton di tempat ketig...

Rahsia rumpai laut

Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM. Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan...

Impak besar Wan Zack

Okinawa, Jepun: Impak diberikan pemain muda negara Wan Zack Haikal Wan Noor pada penampilan pertama bersama kelab barunya, FC Ryukyu kelmarin menjadi bualan hangat peminat bolasepak kelab liga divisyen tiga Jepun itu. Ternyata aksi yang dipamerkan bekas pemain Harimau Muda berusia 22 tahun itu ketika membantu FC Ryukyu menewaskan Sagawa Printing SC 2-1 tidak mengecewakan. Naib Presiden Eksekutif FC Ryukyu Sotaro Shinoda berkata, ramai peminat mula berbicara mengenai persembahan Wan Zack Haikal menerusi laman web rasmi kelab serta medium internet lain seperti Facebook. “Ramai peminat terkejut apabila Wan Zack Haikal menyatakan dia tidak berpuas...

Jorge Lorenzo ungguli MotoGP Qatar

PELUMBA sensasi Sepanyol, Jorge Lorenzo berpuas hati berikutan kejayaan memenangi perlumbaan MotoGP Qatar di Litar Antarabangsa Losail, semalam. Lorenzo yang bermula di petak hadapan cuba disaingi Dani Pedrosa dan Valentino Rossi, namun berjaya mempertahankan posisinya sehingga ke garisan penamat. "Saya puas hati dengan pencapaian diri dan pasukan. Saya bermula cukup bagus walaupun cuba dipintas lawan. "Saya tiba di garisan terakhir dengan kelebihan enam saat. Itu cukup membanggakan," katanya. Penunggang Yamaha, Jorge Lorenzo (kanan) mengungguli GP Qatar manakala rakan sepasukannya, Valentino Rossi muncul di podium kedua. Kemenangan di...

Zulfahmi di tempat keenam di Qatar

Zulfahmi Khairuddin berjaya memulakan saingan pada tahun 2013 dengan baik apabila berjaya meraih tempat keenam pada perlumbaan GP Qatar. Walaupun bermula dari petak ke-11, Zulfahmi yang menunggang Red Bull KTM Ajo berjaya menunjukkan ketenangan ketika menunggang untuk mengejar kelompok pelumba hadapan bagi meraih 10 mata dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan dunia. Perlumbaan itu berjaya dimenangi rakan sepasukannya, Luis Salom sementara naib juara Moto3, Mark Vinales di tempat kedua dan Alex Rins berada di kedudukan keti...

Perang Rossi-Lorenzo

Apabila Yamaha menyuarakan kata sepakat untuk mengambil semula Valentino Rossi pada pertengahan tahun lalu bagi perlumbaan musim 2013 dan 2014, semua tumpuan beralih kepada Jorge Lo­renzo yang bakal menerima kembali seteru utamanya dalam pasukan. Rossi dan Lorenzo sama-sama menyumbang kepada kejayaan Yamaha menggondol enam gelaran dunia. Namun tempoh tiga tahun ‘bersama’ antara kedua-dua pemain itu antara tahun 2008 hingga 2010 cukup mendatangkan huru-hara buat pasukan dari Jepun itu. Rossi bersama krunya menerima pujian melangit atas kebangkitan Yamaha apabila mengubah nasib jentera YZR-M1 dengan meraih gelaran juara pada 2004. Dua...

Bahaya 'garam tersembunyi'

Pengambilan sedikit penambah rasa elak risiko penyakit bahaya Garam apa yang dibayangkan ialah serbuk putih sering digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan. Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pengambilan garam sepatutnya lima gram termasuk 'garam tersembunyi'. Ini merujuk kepada garam terkandung dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa. Makanan siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini. Menyokong tema Hari Sambutan Kesihatan Sedunia disambut, pada 7 April ini...

Perlimen sudah dibubarkan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-13. Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau sudah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12. Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada...

Jari kelengkeng anak dalam perut anjing

Florida: Seorang lelaki menembak mati seekor daripada anjing kesayangan keluarga dan membelah perut haiwan itu selepas ia membaham sebatang jari anaknya. Sebelum itu, Fernando Brignoni, 11, sedang memanjakan anjing peliharaan mereka sekeluarga, Sassy, apabila haiwan berkenaan tiba-tiba membaham tangannya. Mendengar Fernando menjerit kesakitan, bapa budak itu, Luis bergegas ke halaman dan memukul kepala Sassy. Namun, selepas Luis, 43, menarik tangan Fernando dia mendapati jari kelengkeng anaknya telah putus dan dipercayai berada dalam perut Sassy. Ketika itu, kata Luis, anjing berkenaan masih berlegar-legar di laman rumah mereka di Bradenton. Dalam...

Merokok lepas bangun tidur tingkat risiko barah paru-paru

WASHINGTON: Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko diserang barah paru-paru, menurut kajian baru. “Kami mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok sebaik bangun tidur,” kata profesor kesihatan biotabiat, Steven Branstetter, dari Universiti Pennsylvania State. Beliau kimia NNK akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah paru-paru pada tikus selain manusia. Menurut Branstetter, penyelidikan...

Pages 371234 »