Kemalangan ski, Michael Schumacher kritikal

Schumacher kini kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps, Perancis. LAGENDA Formula 1, Michael Schumacher berjuang untuk hidup selepas mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ski di Perancis. Michael Schumacher yang kini berusia 44 tahun koma dan berada dalam rawatan di Hospital Mountain Gendarmerie, di negara itu. Schumacher memakai topi keselamatan ketika kemalangan tersebut dan dia tidak berseorangan seperti yang diulas manager beliau, Sabine Kehm. Apapun pihaknya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang keadaan Schumacher ketika ini dan berharapkan orang ramai mendoakan keselamatan jaguh Formula 1 itu. Schumacher...

Kutub menyongsang pada 2015?

Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan. KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal. Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah. Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak...

Anjakan kutub bumi

KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi. Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters. Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005. Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond...

Drummer Santana jadi pengemis

Santana bertemu Malone di Oakland. OAKLAND - CALIFORNIA. Band latin rock, Santana Blues diketuai Carlos Santana suatu masa dahulu pernah popular dengan lagu Black Magic Woman dan Evil Ways. Kemuncak penampilan mereka pada 1960-an menambahkan bisa menerusi pemain drumnya, Marcus Malone. Selepas kumpulan itu berpecah lebih 40 tahun, Malone menjadi pengemis di Oakland selepas bebas dari penjara. Liputan kisah hidup Malone disiarkan dalam program People Behaving Badly akhirnya menemukan dua sahabat itu. “Pertemuan Santana dengan Malone berlaku penuh emosi selepas saya dihubungi Santana menerusi Facebook,” menurut wartawan Robert Stanley kepada...

Salji di Timur Tengah Evolusi alam atau balasan?

KEHADIRAN salji di beberapa negara di Timur Tengah baru-baru ini menimbulkan pelbagai andaian termasuk ramai masyarakat menganggapnya sebagai petanda kiamat dan pembalasan dari ALLAH SWT terhadap kezaliman di Mesir dan Palestin. Namun, tidak terkecuali juga apabila beberapa teori sains menyatakan, kejadian itu  merupakan sebahagian daripada evolusi alam taat kala proses pemanasan global semakin aktif di Kutub Utara dan Selatan. Kira-kira 60 tahun lalu, Palestin yang merupakan sebuah negara di bawah cengkaman Zionis, dilaporkan pernah dilanda salji. Minggu lalu, negara itu sekali lagi dilanda ribut salji sehingga melumpuhkan seluruh...

Mahu lelaki matang

HAKIKATNYA, perceraian merupakan satu peristiwa yang cukup pahit untuk ditelan. Namun ia merupakan langkah terakhir buat sesebuah pasangan yang tidak mampu lagi hidup sebagai suami isteri. Pelakon Rita Rudaini Mokhtar yang baru bercerai dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak sejak September lalu setelah berhadapan dengan masalah rumah tangga yang berlarutan selama bertahun-tahun, kelihatan cukup kental memegang status sebagai ibu tunggal. Bertemu dengan pelakon tersebut ketika majlis pratonton filem Balistik baru-baru ini, Rita menyatakan bahawa kehidupannya sekarang lebih bertumpu kepada kerjaya dan membesarkan kedua-dua anaknya, Airit Rayyan...

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.25 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor. Allahyarhamah menderita sejak lapan tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya. Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang...

Proton lancar Perdana versi baharu

NAJIB (kanan) menerima kereta Proton Perdana edisi khas sebagai kenderaan rasminya di lobi Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Muhyiddin (kiri). PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau...

Preve berkualiti, lebih murah

Langkah PROTON sebagai pengeluar kereta bermutu tinggi PROTON Holdings Bhd terus melaksanakan perubahan dan penambahbaikan pada kereta keluarannya dengan menampilkan spesifikasi keselamatan tambahan pada model Preve tanpa membabitkan perubahan kepada harganya yang kini adalah lebih rendah berbanding semasa diperkenalkan pada April tahun lalu. Langkah penambahbaikan itu sejajar dengan matlamat DRB-Hicom Bhd, iaitu pemilik Proton Holdings Bhd, untuk menjadikan anak syarikatnya itu sebagai pengeluar kereta bermutu tinggi dengan teknologi dan ciri keselamatan terkini, tetapi ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki. Spesifikasi baru yang mendapat...

Pemergian Paul Walker mengejutkan

Walker bersama rakan kerja (dari kiri) Tyrese Gibson , Vin Diesel dan Ludacris di tayangan perdana Fast & Furious 5 di Brazil, 2011. KEMATIAN bintang utama filem Fast & The Furious, Paul Walker atau terkenal dengan watak Brian O'Conner dalam filem tersebut nyata memberi kejutan bukan sahaja kru produksi filem tersebut, bahkan peminatnya seluruh dunia. Menurut sumber, Walker dikatakan dalam perjalanan pulang untuk menyelesaikan baki penggambaran francais Fast & The Furious 7. Malah kemalangan tersebut memberi kesan mendalam dalam proses penggambaran filem . Menurut sumber, kehilangan bintang itu menyebabkan seluruh tenaga kerja...

Ironi kematian Paul Walker

TRAGIS... Keadaan kereta Porsche Carrera GT 2005 yang dipandu oleh rakan Walker yang juga seorang pelumba, Roger Rodas terbakar selepas merempuh sebatang pokok. Walker dan Rodas mati di tempat kejadian. BULAN Disember menjengah dengan membawakan kisah sedih kepada penggemar siri filem perlumbaan kereta jalanan Fast & Furious apabila pelakon utamanya, Paul Walker menemui ajal dalam satu kecelakaan jalan raya di California, Amerika Syarikat (AS) semalam. Ironinya, pelakon yang sinonim dengan watak yang memperlihatkan dirinya sebagai ikon lumba kereta ini sememangnya pakar dalam bidang perlumbaan automotif dan pernah menyertai beberapa...

PROTON lancar Pesona SV selepas kejayaan Saga SV

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Proton Persona Super Value (SV) selepas mendapat maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Lukman Ibrahim yang melancarkan model itu berkata untuk bersaing dengan pengeluar kereta lain, Persona SV menawarkan lebih banyak nilai tambah bagi setiap ringgit yang dibelanjakan pembeli. Beliau berkata demikian pada pelancaran model itu sempena Karnival Pandu Uji Mega Bola! Bola! Bola! Proton selama dua hari di kawasan parkir Stadium Shah Alam di sini. Persona SV masih menggunakan...

Hero Fast and Furious maut nahas kereta

Paul Walker LOS ANGELES - Bintang filem aksi kereta Fast and Furious, Paul Walker maut dalam satu nahas jalan raya kelmarin, kata jurucakapnya di akaun Facebook aktor berkenaan. "Kami dengan berat hati mengesahkan bahawa Paul Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta hari ini ketika dia menghadiri satu acara untuk badan amalnya, Reach Out Worldwide," menurut kenyataan tersebut. "Dia menumpang kereta seorang rakannya. Mereka terkorban dalam nahas tersebut," tambahnya. Jurucakap itu yang dikenali sebagai Pasukan PW menyatakan bahawa mereka "terkejut dan amat sedih dengan berita tersebut". Pengumuman serupa turut disiarkan di laman...

Pages 371234 »